Thursday, January 10, 2008

Kuliah 2 Pengenalan (8 Januari 2008)

-----

BML 1073 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Jumlah kredit: 3

Semester: Semester 2, tahun 2007-08

Pensyarah: Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Hari & masa kuliah: Selasa 2-5,

Tempat: TMU 28

Objektif

Pada akhir kursus pelajar dapat:

  1. Mengenal teori-teori dan model-model komunikasi interpesonal dan cara menggunakannya
  2. Membina kemahiran berkomunikasi bagi menjalankan tugas sebagai guru dengan berkesan
  3. Mengajarkan teknik dan komunikasi berkesan dalam mengajar bahasa Melayu Teknik berfikir: lojikal, kreatif, kritis, dll.
  4. Menggunakan teknik komunikasi berkesan di tempat kerja dan dalam masyarakat

Sinopsis

Kursus ini mengajarkan teori-teori, teknik dan model komunikasi yang diperlukan oleh seorang guru. Kursus bermula dengan mengajarkan kaedah membuat persepsi kendiri dan terhadap orang lain, diikuti dengan kemahiran mendengar dan bertanya, dan teknik berpidato. Kemudian kursus memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk berikut: unsur-unsur bahasa, fungsi maklum balas, memujuk untuk mengubah tingkah laku, komunikasi bukan lisan dan fungsinya, teori dan teknik mendorong atau memotivasi, berunding untuk meleraikan konflik, fungsi berfikir dalam komunikasi, dan berkomunikasi dalam organisasi. Pada akhir kursus pelajar akan mempraktikkan teori-teori dan teknik yang dipelajari dalam praktikum untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Rujukan

  1. Abdullah Hassan, (2006) Kemahiran Komunikasi Interpersonal Untuk Guru. Kuala Lumpur: PTS Publications.
  2. Ainon Mohd & Abdullah Hassan, (2003) Belajar Berfikir, PTS Pblications

Bacaan Tambahan

  1. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002) Komunikasi di Tempat Kerja, Bentong: PTS Academia, 2002
  2. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1997) Berkonflik dan Berunding. Kuala Lumpur: UP&D.
  3. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1997) Komunikasi untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: UP&D.
  4. Joseph A. De Vito, (2001, 9th edition) The Interpersonal Communication Book, N. York: Longman.

Penilaian

  1. Tugasan 20% (tulisan)
  2. Praktikum 20% (lisan)
  3. Peperiksaan akhir 60% Jumlah 100%

Pengenalan Bidang Komunikasi

  • Komunikasi Massa
  • Filem
  • Muzik
  • Iklan
  • Buku
  • Majalah
  • Organisasi
  • Interpersonal

Komunikasi bermaksud

  • Yang dikatakan & yg tidak dikatakan
  • Yang dilakukan & yg tidak dilakukan
  • Yang dipandang & yg tidak dipandang
  • Yang disentuh & yg tidak disentuh
  • Yang dipakai & yg tidak dipakai

Kemahiran Komunikasi Interpersonal

  • Menjalin hubungan
  • Menyampaikan maklumat
  • Menyampaikan arahan
  • Menyampaikan perasaan,
  • Mempengaruhi dll.

Definisi
1. Wujud kemahuan berkomunikasi - menimbulkan tindakbalas kepada stimulus, - sekiranya tiada keinginan maka tiadalah mesej
2. Orientasi sumber-penerima
Sumber --> Penerima (Sumber) --> Penerima

Retorik (Aristotle 384-322 SM)
a. sengaja (bahas dalam mesyuarat),
b. forensik (undang-undang),
c. epideiktik (memuji, mengkritik, dll.

Istilah utama
Mesej: perkara yang dikomunikasikan
Saluran: cara perkara dihantar: suara, tulisan, bunyi, gambar, isyarat, sentuh, asap, dll.
Gangguan makna: gangguan bunyi bising, alat (mikrofon), gelap (tulisan) dll. Salah faham perkataan (ikan Toshiba, … dll.)
Mendengar: perhatian, mendengar, kefahaman, dan memori - ingatan
Maklum balas: mesej yang dihantar balik supaya komunikasi dapat diteruskan
Masa: masa untuk komunikasi berlaku

Persepsi diri

  • persepsi dalam Komunikasi Interpersonal kita membuat persepsi kendiri
  • belajar teori atribusi (pertanggungjawaban)
  • teori personaliti implisit, ramalan yang menjadi benar, konsistensi, stereotaip, dan meningkatkan ketepatan persepsi interpersonal

Baca

De Vito,The Interpersonal Communication Book (bab 3 & 7)

Persepsi diri: ciri komunikasi
Bagaimana kita berkomunikasi ditentukan oleh persepsi terhadap diri sendiri
Saya seorang guru …
Saya kaya ….
Saya orang timur ….
Saya seorang Islam ….
Saya pejuang orang miskin …
My country right or wrong …

Apa perlu persepsi diri?
Persepsi: membuat persepsi kendiri (etos bangsa)
Mengenal beberapa teori:
atribusi (pertanggungjawaban)
teori personaliti implisit
ramalan yang menjadi benar
konsistensi
stereotaip
Meningkatkan ketepatan persepsi interpersonal

Kemahiran komunikasi yang berkesan diperlukan
Supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan
Perlu mempelajari teknik komunikasi yang betul
Sesuai digunakan dalam darjah

Kemahiran berkomunikasi
Penutur yang baik belum pasti menjadi guru yang berkesan
Belajar teknik supaya mendapat kesan terbaik maksimum

Fungsi Komunikasi
Mengetahui keperluan: kepentingan, keselamatan psikologi dan fizikal, mengiktiraf orang, dll
Mendorong: supaya orang bekerja, suka, berkorban, dll
Berkongsi: meningkatkan kesukaan, mengurangkan duka selepas bercakap

Objektif komunikasi
Memahami: murid, tidak bercakap tentang diri saja.
Membina hubungan: supaya pelajar merasa dihargai, disayangi, dihormati, penting, atau tidak berguna, dll.
Memujuk: menukar pendapat, kelakuan, sikap, nilai, dll.
Membantu: menolong, nasihat, dll.
Menghibur: berbual, berbincang, makar

Iklim
Beberapa ciri
Hormat antara satu sama lain (gunakan bentuk sapaan yang betul)
Kepercayaan (tidak percaya tergambar dalam ungkapan)
Pengiktirafan (mengandungi pekataan yang menghargai…)
Iklim positif dijana oleh kedua-dua pihakl
Iklim negatif juga …

Kualiti Komunikasi
Kuantiti sederhana (tidak menghasak terlalu banyak maklumat)
Meningkatkan kepercayaan (kesan maklumat salah)
Membersar-besarkan
Melawak, makar

Dusta
Tidak berminat (tangan mengusik-usik telinga)
Komunikasi berkesan
Ada penanda kefahaman
Gembira
Sikap mempengaruhi
Memperbaiki komunikasi
Tindak lanjut

Etik Komunikasi
Benar (Berhati-hati)
Bahasa menuduh (Awak, kamu ….)
Kepentingan bersama, nilai bersama (Kita … , saya tidak peduli…)
Berkata yang benar, tepat
Dusta itu menipu ..
Mengumpat, dll.
Mengganggu (mengacau kopi, telefon bimbit …)

Daya ekspresif
Mencapai objektik komunikasi (menjelaskan konsep ..)
Menjelaskan pemikiran dan perasaan …
Memuaskan keperluan psikologi (estim diri)

Perlu Kemahiran komunikasi
Perlu mempelajari teknik komunikasi yang betul
Supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan
Sesuai digunakan dalam darjah
Kenapa belajar berkomunikasi
Penutur yang baik belum pasti menjadi guru yang berkesan
Belajar teknik supaya mendapat kesan terbaik maksimum

No comments: