Saturday, April 19, 2008

Jawapan A

Ciri-Ciri Jawapan A

1. Memahami soalan daripada segi teori, iaitu dapat memberi takrif dan tafsiran yang lazim terdapat dalam buku teks atau diberikan oleh ahli akademik bidang berkenaan. Dan dapat memberi contoh atau kes sendiri yang dapat memberi penjelasan lanjut.

2. Dapat mengenal pasti dan memberikan aplikasi teori atau perkara berkenaan dengan menggunakan contoh atau kes sebenar dalam bahasa.

3. Dapat mengenal pasti dan memberikan contoh penyelidikan atau kajian kes, atau statistik yang memperkukuh perkara dalam 1 dan 2.

4. Ditulis dalam Bahasa Melayu Tinggi.

Sunday, April 13, 2008

Thursday, April 10, 2008

Struktur dan topik disoal dalam peperiksaan

Ada pelajar bertanya melalaui sms dan email tentang struktur dan topik soalan peperiksaan.

Lihat penjelasan berikut. (Ini sudah dijelaskan dalam kuliah 10. Walau bagaimanapun, lihat ringkasan di bawah.

Struktur dan topik soalan kertas BML 1073 Kemahiran Komunikasi

Masa: 3 jam

Struktur:
Jawab tiga soalan daripada lima. Soalan 1 (wajib) dan mana-mana dua yang lain.
Soalan wajib 40 markah, soalan lain 30 markah setiap satu. Jumlah 100

Liputan:
Semua topik yang dikuliahkan. Ada satu saolan umum bagi melihat pembacaan pelajar di luar daripada kuliah.

Topik yang diajarkan:
Definisi komunikasi,
Tatabahasa sosial,
Teknik mendengar,
Teknik menyoal atau bertanya untuk tujuan tertentu,
Gaya bahasa dan karisma guru,
Parabahasa,
Bahasa badan,
Bahasa Rojak,
Bahasa Tinggi
Pidato dan menguruskan majlis,
Kemahiran membaca,
Teori-Teori Mengubah Sikap
Mengubah sikap (mempengaruhi, mendorong) melalui teknik bercertita,
Komunikasi tradisional,
Mengajar nilai,
Bahasa tinggi (kesalahan bahasa, penggunaan perkataan yang tepat,

Antara topik yang tidak dikuliahkan tetapi pelajar diharap membaca:

Berdusta,
Mempimpin
Kesalahan bahasa