Tuesday, January 29, 2008

Kuliah 5 Kemahiran Bertanya (29 Januari 2008)

Kemahiran Mendengar
Minggu 5

Kemahiran bertanya (Questioning skills)
Wujudkan iklim positif (Create positive climate)
Mencapai tujuan (Achieve our objectives)
Biar pelajar memberi maklum balas (Allow students to provide feedback)
Tingkatkan kefahaman (Enhances comprehension)
Biar pemikiran menjadi jelas (Make thought clearer)
Tingkatkan saling persefahaman (Promote understanding)

Jenis soalan (Types of Questions)
Terbuka (Open-ended)
Tertutup: Ya, tidak (Closed (yes, no)
Memperjelas (To clarify)
Mengembangkan idea (Expand an idea)
Memerlukan tindak balas (Requiring a response)
Membuat andaian (Making an assumption)
Mempercayai, menguji (Testing, etc.)

Ciri Iklim (Climate)
Hormat – nama sapaan, dll. (Respect – use proper terms of address)
Kepercayaan (Trust)
Penghargaan, pengiktirafan (Appreciation)
Iklim positif dan negatif diakibatkan oleh komunikator (Positive climate created by both, negative climate can be similarly produced)

Kaedah Mendengar dan Memberi Respons Yang Sesuai
Memberi respons secara aktif
Memberi respons berempati
Langkah-langkah yang perlu untuk mencerap secara aktif

Memberi Respons Secara Aktif
Kurangkan bercakap
Pastikan tiada gangguan luar
Elakkan daripada membuat sebarang penilaian awal
Kenalpasti idea atau perkara utama yang dikemukakan olehnya
Membuat pertanyaan

Membuat Pertanyaan

1. Soalan ikhlas boleh menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan oleh orang yang dicerap. Misalnya,
"Awak kata dia baik hati? Boleh tolong jelaskan?"

2. Mengkaji fikiran, perasaan. Dalam hal ini kita perlu bertanyakan soalan-soalan terbuka. Misalnya,
"Apa perasaanmu terhadap dirinya sekarang?".

Elakkan bertanya soalan yang hanya akan memburukkan keadaan seperti
"Adakah kamu berasa geram dengan perbuatannya itu?".
Membuat pertanyaan

3. Soalan yang ikhlas boleh menggalakkan penemuan (discoveries). Seterusnya kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Jangan beri nasihat jika tidak dipinta.
Membuat pertanyaan

4. Soalan yang ikhlas boleh menggalakkan orang yang dicerap untuk membuat huraian yang lebih terperinci. Misalnya,
"Ceritalah dengan saya lagi mengenai perkara tersebut?"

5. Kumpulkan lebih banyak fakta yang lebih mendalam, orang yang ditanya akan terasa dirinya penting dan dihargai dan mahu belajar lebih banyak daripada darinya. Misalnya, pelajar yang suka bertanya dengan pensyarah mengenai kursus yang dipelajarinya.

Elakkan bertanya soalan yang tidak ikhlas - perlakuan yang merendah-rendahkan orang yang bercakap

Soalan yang ikhlas jika disampaikan dengan cara yang tidak betul boleh menjadi soalan tidak ikhlas. Misalnya;
1. menunjukkan mimik muka yang bercanggah dengan soalan yang ditanya
2. soalan dengan nada suara yang bercanggah dengan situasi ketika itu

Soalan tidak ikhlas

1. Soalan perangkap
Adakalanya guru bertanyakan soalan-soalan yang memerangkap orang yang sedang dicerapnya(pelajar).
Contohnya,
"Awak tak sukakan saya, betul tak?"

2. Soalan yang membuat pernyataan
Sebenarnya soalan jenis ini bukanlah soalan tetapi lebih menyerupai suatu pernyataan mengenai orang yang dicerap(menyalahkan orang yang dicerap).
Misalnya:
"Kamu menipu cikgu?"
"Kamu pinjamkan buku kamu kepada Rahim?"

3. Soalan yang mengandungi agenda tersembunyi
Ia membuat orang yang dicerap merasa serba salah untuk memberikan jawapan dan tertanya-tanya. Pertimbangakan contoh-contoh ini:
"Besok kamu sibuk tak?"
"Kalau cikgu cakap sesuatu pada kamu, kamu marah tak?"

4. Soalan yang berdasarkan kepada andaian yang kurang teliti
Andaian yang kurang tepat kerana tidak mencerap dengan teliti. Akibatnya kita bertanyakan soalan yang hanya akan menyebabkan orang yang dicerap tersinggung. Cuba amati contoh ini:
"Mengapa kamu tidak mendengar nasihat saya?"

5. Soalan yang memerlukan jawapan yang "betul".
Kadangkala kita ditanya dengan soalan-soalan yang memerlukan respons tertentu oleh teman/pelar kita. Walaupun soalannya adalah ikhlas, orang yang bertanya itu sebenarnya bukan mahukan jawapan yang ikhlas terutamanya jika dia telah pun mempunyai jawapannya. Cuba telitikan soalan-soalan berikut:
"Saya ni gemukkah, cikgu?"
"Baju yang mana patut saya pakai untuk ke majlis penyampaian hadiah tu?"
"Cantik tak baju yang saya pakai ini?"

Bagaimana menjadi ikhlas ketika mendengar. Lakukan parafrasa

Parafrasa ialah respons sipencerap yang menyatakan semula, dalam perkataannya sendiri, mesej yang dia fikir dinyatakan oleh orang yang dicerap.
Contoh memparafasa dalam interaksi

1. Cara memparafrasa yang tidak sesuai (menyebut semula sepenuhnya). Contohnya,
Hassan: "Cikgu, saya mahu meminta maaf dengannya tetapi saya malu."
Cikgu: "Kamu mahu meminta maaf tetapi malu dengannya."

2. Cara memparafrasa yang lebih sesuai. Contohnya,
Hassan: "Cikgu, saya mahu meminta maaf dengannya tetapi saya malu."
Cikgu: "Engkau mahu berbaik semula dengannya. Begitu?"


3. Memparafrasa dengan mengubah kata-kata orang yang dicerap. Contohnya,
Rahman: "Wanita yang mahukan taraf yang sama dengan lelaki adalah wanita yang tidak bercita-cita tinggi."
Julia: "Engkau tidak sukakan wanita yang sebegitu kerana mereka mengada-ngada. Betulkah?"

4. Memberi contoh mengenai apa yang dinyatakan oleh orang yang dicerap. Contohnya,
Wong: "Cikgu, saya tidak sangka Linggam itu boleh buat perangai seperti itu semalam."
Guru : "Lawaknya melukakan perasaan kamu?"

5. Memberikan gambaran tentang tema kata-kata orang yang dicerap. Contohnya,
"Awak asyik mengatakan kepada saya tugas awak masih belum selesai. Adakah awak bimbang dimarahi oleh ketua awak?"

Respon Yang Tidak Memberi Sebarang Makna Ketika Berkomunikasi Secara Verbal
Respons Kosong (Impervious response)
Respons Menganggu / Mencelah (Interrupting response)
Respons Tidak Relevan (Irrelevant response)
Respons Sekilas (Tangential response)
Respons Impersonal (Impersonal response)
Respons Bercelaru (Incoherent response)
Respons Bercanggah (Incongruous response)

1. Respons Kosong (Impervious response)
Respons yang tidak memberi sebarang petanda (muka kosong-tak bercakap langsung) Tidak ada tanda verbal dan non-verbal (selamba saja)
Contoh:
Aminah: "Saya suka ucapan awak tadi, menarik perhatian dan bernas".
Ali: (Tiada respons, verbal atau bukan verbal)

2. Respons Mengganggu, Mencelah (Interrupting response)
Anda memotong atau mencelah percakapan komunikator sebelum ia selesai bercakap.
Contoh:
Aminah: "Saya ada satu berita yang menarik ……"
Ali : "Oh, pasal pasaran saham tu, indeks komposit turun lah….."

3. Respons Tidak Relevan (Irrelevant response)
Anda berusaha mengalihkan tajuk perbicaraan tanpa ada hubungan sama sekali dengan apa yang didengar.Contoh:
Aminah: "Ketika kapal terbang kami mula mendarat tadi, tiba-tiba kami mendengar satu letupan dari bahagian belakang kapal terbang itu. Mujur juga kami selamat sekarang"
Ali: "Tidak kiralah sama ada kereta itu besar atau kecil, awak nak naik dengan saya kan……"

4. Respons Lari dari Pokok Perbincangan (Tangential response)
Anda memberi respons pada pernyataan yang didengar, tetapi dengan segera mengalih perbicaraan (hampir sama dengan respons tidak relevan)
Contoh:
Aminah: "Saya berpendapat kita harus melaksanakan program itu demi kebaikan mahasiswa di UPSI ini."
Ali: "Saya setuju, pendapat itu baik, tapi, eh malam tadi cerita Lone Ranger kena tembaklah!".

5. Respons Impersonal (Impersonal response)
Anda memberi komen dengan menggunakan kata ganti orang ketiga.
Contoh:
Aminah: "Awak suka tak dengan dia?"
Ali : "Orang tak sukalah".

6. Respons Bercelaru (Incoherent response)
Anda berbicara dengan kalimat-kalimat yang tidak tersusun dan tidak lengkap.
Contoh:
Aminah: "Saya tidak suka pelajar lelaki kat sini, berlagak"
Ali : "Iyalah… kadang-kadang tu…. er… memang mereka berlagak tapi dia orang baik juga sebab dia orang suka bantu perempuan, temberang… dan kalau… er, awak tak suka mereka kenapa. Itulah pasal…… lelaki memang macam tu…. tapi …susah lah nak cakap sebab saya lelaki juga…. maaf le ye…."

7. Respons Bercanggah (Incongruous response)
Anda menyampaikan respons lisan yang bertentangan dengan respons bukan lisan
Contoh:
Aminah: "Maafkan aku Lie…."
Ali : "Hah, itulah awak. Dasar perempuan (marah tapi suara mendatar) Asyik tahu minta maaf…. besok buat lagi. Huh kalau kau buat lagi…. Aku…. Oklah……."

Kualiti Komunikasi (Quality of communication)
Kuantiti yang mencukupi (Sufficient quantity - cramming information is overdoing)
Tingkatkan kepercayaan – makar, maklumat salah
Membesar-besarkan (Exaggerating)
Mempersenda (Ridiculing, jest)
Berdusta (Lying)
Tidak berminat (Disinterested)
Daya pengungkapan (Expressiveness)
Mencapai objektif komunikasi (Achieve communication objectives - explains certain concept ..)
Memberi fikiran dan perasaan (Explain thought and feeling… )
Memenuhi keperluan psikologi (Satisfies psychological need (e.g. self-esteem .. )
Etika komunikasi (Communication ethics)
Benar (Honesty - with care)
Bahasa menuduh (Not accusing - You ….)
Wujudkan minat dan nilai bersama (Common interests and values (As far as I am concerned…)
Gambaran yang Tepat (Accurate representation)
Dusta, tipu (Lying, cheating ..)
Mengumpat (Badmouthing, etc.)
Tidak mengganggu (Not disturbing, stirring coffee)

Adab berakap dengan orang cacat
Cakap terus kepada orang itu, bukan teman atau penterjemahnya.
Kalau cacat tangan, hulurkan tangan kita dulu untuk bersalam dengannya.
Kalau cacat penglihatan, sebut nama kita dan orang ada bersama kita. Sebut namanya supaya dia tahu kita bercakap dengannya.

Apabila menawarkan bantuan, tunggu sampai dia menjawab. Kalau dia setuju ditolong.
Kalau dia sudah dewasa, jangan layan seperti budak - tepuk bahu atau sentuh dan tangannya.
Panggil dia secara hormat seperti orang-orang lain, "encik," "tuan," dll.
Jangan sentuh tongkat atau bersandar pada kerusi roda dia sebahagian daripada tubuh badan mereka.

Jikalau cacat suara, seperti sengau, dengar dia bercakap dengan hati-hati. Jangan pura-pura faham. Ulang apa yang kita fikir dia maksudkan, supaya dia boleh mengesahkan.
Jikalau cacat pendengaran, sentuh lengannya, atau gerak-gerakkan tangan kita supaya dia tahu kita hendak bercakap dengannya. Pandang tepat pada wajahnya. Cakap perlahan-lahan supaya dia boleh membaca pergerakan bibir kita.


Jikalau tersasul dan lupa pada jenis kecacatannya, relaks dan buat biasa saja.
"Awak nampak tak ....?"
"Awak ada nampak si ....?"
"Takkan awak tak nampak ....?"

Ada kalanya kepada orang cacat pendengaran kita tersasul berkata:
"Awak dengar tak berita ....?"
"Awak dah dengar lagu ....?"

Apabila bercakap dengan orang pendek, atau yang duduk dalam kerusi roda, cuba samakan aras mata kita dengan matanya.

RUMUSAN

Mendengar - aktiviti komunikasi yang paling kurang di ambil perhatian

Mendengar terdiri daripada komponen-komponen iaitu memilih, memberi tumpuan atau melayan, memahami, mengingat dan memberi respons.

Terdapat berbagai jenis tabiat pendengar yang lemah dan boleh mengakibatkan berbagai masalah dalam penerimaan maklumat dan seterusnya hubungan yang tidak baik di antara individu.

Pendengar aktif memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga dan perasaan.
Ia memerlukan kemahiran dalam memberikan respons yang empatik seperti membuat pertanyaan ikhlas dan memparafrasa.

Terdapat respons yang tidak memberi makna semasa kita berkomunikasi secara verbal .

29 Januari 2008 Bahasa Tinggi

Bahasa (Melayu) Tinggi
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Jabatan Bahasa Melayu

Seri Tanjung
Universiti Pendidikan Sultan Idris
11 Jun 2007

Isu dalam amalan berbahasa
Kebanyakan kita menggunakan bahasa neka rendah (bualan) dalam semua konteks
Sebutan tidak sempurna
Perkataan tidak terbentuk lengkap
Ayat dan intonasi tidak rapi
Berbahasa dengan tidak berdisiplin
Tiada beza percakapan orang berilmu dengan yang tidak berilmu

Neka bahasa
Semua bahasa ada neka (variety)
Ada neka rendah dan ada neka tinggi (low and high)
Setiap neka ada ranahnya
Gunakanlah neka yang sesuai dengan ranah (konteksnya)

Bahasa Inggeris juga ada neka
Bahasa Inggeris pun ada neka
BI yang kita gunakan juga adalah ‘low variety’
Sentiasa bercampur dengan BM
Jarang kita mendengar sebuah ayat lengkap dalam BI

Campur kod dan tukar kod
Kod itu ialah unsur bahasa
Campur kod (code mixing): menggunakan unsur BI dalam BM atau BM dalam BI
Tukar kod (code switching): apabila berucap dalam BM yang baik, kita sengaja menggunakan BI yang baik juga bagi menjelaskan sesuatu, atau sebaliknya

Amalan berbahasa dan karisma
Code mixing (bahasa rojak)
Budaya rendah
Pengamalnya dipersepsi sebagai tidak keruan, tidak berfikir, tidak berpelajaran
Code switching (tukar bahasa bila perlu)
Budaya tinggi
Pengamalnya dipersepsi sebagai orang pandai, intelektual, berilmu

Bukan isu baru:
1847, Abdullah Munsyi (jalan bahasa ..
1956: Kongres Ketiga (S. Roomai Noor, Zuber Said …, unsur asing)
1984 Kongres Keempat (Nik Safiah, Awang Sariyan, Firdaus Abdullah, Farid Onn, bahasa tak formal (iaitu neka rendah)
Sekarang: sms, emel, rojak (campur), remaja (slanga), dll.

Pemikiran Abdullah Munsyi tentang Bahasa Melayu
Bahasa disebut 465 kali dalam Hikayat Abdullah
Yang dimaksudkan adalah bahasa Melayu tinggi
Beliau menolak bahasa rojak dll.
... asal boleh ia bertutur jadilah: ‘lu’ dan ‘gua’, ‘bikin rumah’, ‘bilang sama dia’, dan ‘pergi dapat itu wang’...
Adapun jalan bahasa Melayu bukannya demikian. Hendaklah diketahui ... perkataannya dan perhiasannya seperti mem, pem, pen, ter, kan, nya, lah, di, tah, kah ... (252: 21).

Belajar daripada guru
... jalan bahasa Melayu yang betul ... dengan tolongan guru Melayunya, maka baharulah sempurna pelajarannya.
... pelajaran dan kepandaian demikian itu ... besar gunanya, dan boleh diturunkan kepada orang lain ...umpama benih yang baik (276: 1)

Beliau menekankan bahasa Melayu
... dalam tempat mengaji, seorang pun tiada berani lalu, oleh sebab aku ... mengajar mengaji dan menulis.
ditulis itu bahasa Arab, ... belum pernah mendengar ... orang ... belajar bahasa Melayu. (17:37)

Falsafah Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
Bahasa Melayu Tinggi adalah wahana budaya Tinggi: intelektual, pentadbiran, mesyuarat, pendidikan, idea, istiadat, rasmi, mahkamah, dll.
Bahasa Melayu Rendah adalah wahana budaya rendah (lawak Senario, celoteh DJ radio dan tv, dll. Contoh: Jom, Pekena: gunakanlah, tetapi jangan diamalkan dalam konteks rasmi.

Fitrah manusia berkomunikasi
Ada banyak neka bahasa
Kita menggunakan lebih dpd satu neka
Setiap satunya untuk konteks tertentu
Sikap begini penting, supaya kita tidak perlu membendung pengggunaan neka rendah dalam konteks intelektual

Ajarkan apa yang betul, neka yang baik
Neka dan ranahnya
Neka rendah untuk komunikasi dengan kawan rapat, konteks tidak rasmi
Budaya seperti Akademi Fantasia (pengacaranya mendapat bayaran tinggi)
Tetapi orang berilmu tinggi tidaklah diharapkan menggunakan bahasa begitu dalam dewan kuliah

Ciri-Ciri BMT dan BMR
Terkawal lwn bebas,
Terkawal: Bahasa majlis, sekolah, mahkamah, buku, jurnal
Bebas: bahasa basahan, keluarga,
Kekal (permanent) lwn tidak kekal (non-permanent)
Permanent: majlis, ucapan, buku
Non permanent: bualan, akhbar, majalah

BMT lwn BMR
Citra (Imej): Berpendidikan, Berkuasa
Bahasa Indonesia (lelaki) lwn bahasa Melayu (Perempuan)
Lelaki (Jins Shamsuddin, Rais Yatim)
Perempuan (Chef Wan, Jaafar Onn)

1. Terkawal lawan bebas
BMR (Bebas): I suka pi tengok picture tapi tak dak timelah, busylah nowadays!
BMT (Terkawal): Saya gemar menonton wayang gambar, tetapi, sekarang saya tidak mempunyai banyak masa untuk berbuat begitu.

2. Rasmi lawan mesra
Rasmi: panggilan – Tuan, Puan, Cik, Dato’; ganti nama, saudara, anda, kamu, saya
Mesra: Pak Cik, Mak Cik, Kakak, I, You, We all, You all, Dia orang
Perhatian: bahasa pasar: you all, dey all, wiol

3. Bahasa surat lawan basahan

BMR: Jom baca
BMT: Mari membaca

BMR (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye?
BMT (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik?
BMT (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

BMR: Mai pekena kopi dulu
BMT: Silakan minum kopi dahulu

BMR: (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye?
BMT: (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR: (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik?
BMT: (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

4. Korporat (lelaki) lawan basahan (perempuan)

BMR (Neka basahan): Mak cik tinggal di P. J. kan!. Kat sini ada pasar malam kan! Mak Cik, boleh beli macam-macam kan!
BMT (Neka rasmi): Saya tinggal di Petaling Jaya. Di sini ada pasar malam. Kami boleh membeli segala macam keperluan.

Bahasa berkuasa & tidak berkuasa
BMR (Bahasa perempuan): Pagi ini we all buat miting to decide sama ada nak terus buat projek rombongan ke Medan atau tidak, kan! Then, we all can putuskan cepat-cepat ...
BMT (Bahasa lelaki): Pada pagi ini kita bermesyuarat bagi membuat keputusan sama ada kita akan meneruskan projek untuk membuat rombongan ke Medan atau tidak. Kita perlu membuat keputusan ini dengan pantas, supaya ....

5. Lah yang negatif
NMR (Neka basahan): Saya tak kisahlah, tiga set pun tak kisahlah, saya kira mesti menang saja. (Rashid Sidek)
BMT (Neka Rasmi): Saya tidak peduli berapa set saya perlu bermain, yang penting, saya mesti menang.
BMR (Neka basahan): Terima kasihlah, You banyak tolong keluarga I kan! I taulah you memang considerate, so I betoi-betoi appreciatelah.
BMT (Neka rasmi): Saya mengucapkan terima kasih. Sebenarnya Saudara (Encik) banyak membantu keluarga saya. Sumbangan Saudara sangat saya hargai.

6. Bahasa Campur
BMR (basahan, pasar, tidak terkawal): I tak boleh ambek anak I from school hari ni. I ada PTA meeting.
BMT (Rasmi, rapi): Saya tidak dapat menjemput anak saya dari sekolah pada hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat PIBG.
Bahasa Melayu Rendah seorang pegawai tinggi
Sekarang ni government sedang kempen jimat cermat. So, you all hilang banyak business opportunities. Banyak projek mahal dibatalkan. You all kalau mahu project, kenalah willing buat small jobs. No more big jobs. Itu policy kerajaan. Dalam bajet kerajaan mana ada lagi big projects. (43 perkataan)

Bahasa Melayu Tinggi
Pada masa ini, kerajaan sedang melaksanakan kempen berjimat. Oleh sebab itu, saya faham, tuan-tuan dan puan-puan kehilangan banyak peluang perniagaan. Banyak projek mahal dibatalkan. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mahu mendapatkan projek, maka tuan-tuan dan puan-puan mestilah sanggup menjalankan beberapa projek kecil. Kita sudah tidak mempunyai projek-projek besar lagi. Itu adalah dasar kerajaan kita. Malah dalam bajet tahun ini kerajaan tidak pun merancangkan sebarang projek besar. (63 perkataan)

Code mixing: low variety
Nowadays ah! The kerajaan melaksanakan kempen jimat cermatlah. So, I knowlah, you all will loose some business ah! All project mahal is cancelled lah. So if you want to do do business still, you take lah small project. O big project lah The govenment batalkan all big project. Itlah government plicy nowadays. Dalam budget this year pun no big project you know.

Code switching: high variety
At the moment, the government is implementing an austerity drive. As such, you, ladies and gentlemen, will definitely suffer a great loss of business oppoortunities. Many expensive projects have been cancelled. But, you may wish to continue to benefit from our projects, then we would like to advise you to accept several small projects in lieu, as we no longer can offer you big projects. That is our government’s current policy. In fact there is no such big projects in this year’s budget.

Bahasa Melayu Tinggi
Bahasa Persuratan
Rasmi
Terkwal
Bahasa orang terpelajar
Bahasa orang berkuasa
Sempurna

Tahap budaya tinggi
1. Sebutan terkawal dan bebas
Sebutan: a, r, s, dll (rata
Imbuhan: kan, per, dll
Ayat: pengguguran bahagian subjek, predikat
Kata-kata
Bualan

Sebutan
A: rata – rate - kerataan
R: besar – besa - kebesaran
S: habis – habeh - kehabisan
L: kecil – kecik - kekecilan

Imbuhan
Me- (meng)angkat
-kan – mengguna(kan), membesar(kan)
Per- - memperoleh

Tatabahasa
.. Dengan mengajarkan kemahiran insaniah mendapat peluang yang lebih baik – mana subjeknya
Melalui projek pembangunan meningkatlah taraf hidup orang asli ini

2. Paggilan rasmi
Anugerah: Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Dato’, Datin
Adat: Dato, Tuk Empat
Profesional: Dr. Prof. Ir.
Kemungkinan meng"yu"kan semua orang

3. Panggilan Tidak Rasmi
Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak,
Biadab bermesra dalam konteks rasmi,
Biadab menggunakan bahasa kanak-kanak dalam konteks rasmi

4. Karisma: Logik dan falasi
Kebenaran: Semua manusia mati akhirnya.
Perkara: Mamat adalah manusia.
Kesimpulan: Mamat akan mati juga akhirnya.

Falasi
Kebenaran: Semua orang pandai berbahasa Inggeris dapat pekerjaan.
Perkara: Semua rakyat Britain pandai berahasa Inggeris.
Kesimpulan: Semua rakyat Inggeris dapat pekerjaan.
Falasi sebab 14% penduduk Britain menganggur. Semuanya pandai berbahasa Inggeris

5. Kecondongan pemikiran
Perdana Menteri Denmark: Akhbar Jylland Posten ada hak kebebasan akhbar. Kita tahu dia tidak memihak kepada Islam.
"Islam Hadahari ada 11 prinsipnya," kita tahu kecondongan pemikirannya.
Sebut saja "Kita mesti memberi sokongan kepada calon aspirasi kerajaan," kita sudah tahu kecondongan pemikirannya!!!
Ini penting diketahui.

6. Intonasi
Si Tanggang

7. Krisis Kesarjanaan pelajar dan pensyarah
Gaya kita bercakap juga berkaitan dengan ilmu dan maklumat yang kita ada
Statistik dapatan kajian Dr. Abu Hassan Hasbullah, Jabatan Media, Universiti Malaya, (April 2006)

Malaysia New Generation Group Intellectuals (MANGGIS)
Bacaan pelajar untuk 6 semester
Berbanding dengan pelajar negara lain (6 semester)
Tabiat membeli buku dalam 6 semeseter
Tabiat membaca pensyarah dalam 6 semester
Berbanding negara lain
Membaca karya agung

Kesimpulan
Bahasa (Melayu) Tinggi ini adalah neka bahasa persuratan.
Bahasa Intelektual.
Bahasa yang mesti digunakan dalam konteks rasmi dan ilmu.
Di universiti
Sebab ini bahasa orang berilmu.

29 Januari 2008 Bahasa Rojak

Sila baca dua buah artikel ini.

1. Bahasa Rojak
2. Bahasa Melayu Tinggi

SEMINAR BAHASA ROJAK: KECELARUAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka bersama dengan Persatuan Bahasa Moden Malaysia

18 – 19 Julai 2007

Bahasa Rojak dan Karisma Penutur

Abdullah Hassan, Ph.D.
Profesor Emeritus,
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Gaya komunikasi ditentukan oleh konsep diri. Konsep diri berkait rapat dengan karisma. Oleh itu kita dapat menentukan karisma pengguna bahasa kacukan.

Kata kunci: bahasa tinggi, bahasa rendah, bahasa kacukan, gaya komunikasi, konsep diri, sombong bahasa, gangguan sistem, karisma.

Konsep Diri (Self-Concept)

Bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi mencerminkan diri kita. Gaya kita berbahasa bergantung rapat dengan bagaimana kita melihat diri kita sendiri, dan bagaimana kita membaca atau mempersepsi dunia dan penutur lain di sekeliling kita. Inilah yang dikatakan konsep diri kita. Apabila kita melihat diri kita sebagai seorang terpelajar, maka dengan sendirinya kita mengawal bahasa yang kita gunakan bagi mencerminkan citra diri kita. Apabila kita kurang memahami iklim komunikasi di sekeliling kita, maka kita tidak akan memberi pengiktirafan kepada faktor-faktor di sekeliling kita tersebut.

Namun, apabila menggunakan bahasa Melayu, kita mungkin mendapati ada penutur bahasa Melayu yang tidak menyedari hakikat ini. Kita mendengar penutur bahasa Melayu menggunakan bahasa yang rendah. Bahasanya bercampur aduk, iaitu bahasa Melayu dengan Inggeris. Percampuran itu dilakukan pada setiap peringkat penguasaan bahasa: sebutan, ejaan, imbuhan, frasa, ayat, kosa kata, makna dan peribahasa. Lakuan bahasa begini sering berlaku di kalangan penutur asli bahasa Melayu. Fenomena begini dapat dianalisis pada peringkat lakuan luaran, yakni daripada yang dapat didengar dan bibaca. Ini dilakukan dalam bentuk apa yang dicampurkan, di mana dilakukan dan apa sebabnya.

Pun begitu kita perlu juga mengetahui proses psikologi yang berlaku dalam diri penutur yang mempamerkan lakuan bahasa begini. Setiap lakuan yang kita pamerkan adalah didahului oleh kesimpulan yang dibuat terhadap iklim komunikasi yang terlibat. Artikel ini akan melihat aspek ini.

Lakuan bahasa begini tidak dilakukan oleh bukan penutur bahasa asli, yakni bukan penutur bahasa Melayu. Penutur yang bukan penutur asli bahasa Melayu belajar bahasa Melayu secara bahasa kedua secara formal. Oleh sebab itu, bahasa yang mereka tuturkan adalah mematuhi aturan tatabahasa. Tetapi, penutur asli bahasa Melayu sering tidak mematuhi aturan tatabahasa yang lengkap.

Fenomena ini ada kaitan dengan konsep diri penutur bahasa Melayu. Apakah agaknya konsep diri penutur Melayu yang menggunakan bahasa Melayu kacukan ini? Kemungkinannya penutur asli bahasa Melayu ini tidak pun sedar tentang konsep diri yang mereka pamerkan.

Bahasa Tinggi dan Rendah

Bagi membolehkan kita membuat analisis ringkas terhadapa bahasa Melayu yang digunakan maka kita lihat dahulu ciri-ciri bahasa. Apakah ciri-ciri bahasa Melayu tinggi dan apakah ciri-ciri bahasa Melayu rendah. Bahasa Melayu tinggi ialah bahasa yang mempunyai ciri-ciri tatabahasa yang lengkap. Ini bermaksud:

a. ayat-ayat yang digunakan adalah lengkap dari segi tatabahasa, ada subjek dan predikat, penerangnya pada tempat yang menunjukkan hubungan sintaktik yang betul.
b. Menggunakan imbuhan dengan lengkap. Imbuhan kata kerja transitif per-, -kan dan –i selenkapnya. Imbuhan yang menunjukkan bangun ayat, iaitu me-, di-, ter- dan ber- selengkapnya. Imbuhan kata nama bagi menunjukkan makna yang berbeza selengkapnya, iaitu pen- (alat dan agen), pen- ... –an (proses), per- ... –an (hasil dan tempat), ke- ... –an (abtrak), -an (hasil), dll.
c. Menggunakan kosa kata yang terdiri daripada kata-kata konsep tinggi, kata yang lebih canggih bentuk dan maknanya.
d. Ganti nama yang lebih sopan dan menghormati orang lain seperti beliau, mereka, saya, dll. (dan bukan Ai, Yu, dia orang, lu, dll.)
e. Tanda baca yang lengkap
f. Mengungkapkan konsep, ilmu dan budaya tinggi
g. Bahasa orang terpelajar.

Bahasa Melayu tinggi adalah bertentangan dengan bahasa Melayu Rendah. Yang utama ialah, konteks penggunaan bahasa Melayu tinggi adalah berbeza daripada bahasa Melayu rendah. Bahasa Melayu baku adalah bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu kacukan adalah bahasa Melayu rendah. Bahasa Melayu tinggi digunakan dalam konteks mengungkapkan budaya ilmu dan budaya tinggi. Ini adalah bertentangan daripada konteks bahasa Melayu rendah yang digunakan bagi konteks berjual beli dan interaksi sosial rendah yang terhad.

Konteks fizikal sangat menentukan taraf bahasa yang digunakan. Umpamanya, di dalam mahkamah, kita akan dengan sendirinya terpaksa menggunakan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu rendah seperti bahasa pasar tidak akn digunakan. Dalam mesyuarat, kita dengan sendiri memilih-milih perkataan dan ayat yang sesuai bagi mengungkapkan sesuatu idea, dan tidak mengeluarkan kata-kata sembarangan.

Kesan yang paling penting akibat menggunakan bahasa Melayu rendah ini ialah kita akan kelihatan tidak serius. Orang yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang. Orang bercakap dengan tidak berfikir secara mendalam.

Oleh yang demikian, kita dapat membuat beberapa andaian yang berasas bagi menganalisis konsep diri penutur asli bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu rendah atau bahasa kacukan ini.

a. Penguasaan bahasa Melayu baku yang tidak lengkap ”sekerat belut sekerat ular,”
b. Menganggap diri mereka sudah mahir menggunakan bahasa demikian
c. Menganggap orang lain juga seperti mereka (down-levelling), merendahkan taraf orang
d. Tidak memperdulikan kesan kepada pendengar
e. Penguasaan ilmu yang meragukan ...
f. Main-main dan tidak serius.
g. Tidak terpelajar

Iklim Bahasa Kacukan: Contoh Penggunaan Bahasa Rendah (Pasar) Dalam Majlis Rasmi

Pada masa ini, ada kecenderungan pengacara televisyen dan radio menggunakan bahasa pasar, iaitu bahasa campuran.

a. ayatnya mungkin terdiri daripada bahasa lain daripada bahasa Melayu
b. struktur ayat tidak lengkap
c. imbuhan tidak digunakan, yang digunakan tidak mematuhi rumus tatabahasa
d. ganti nama dipinjam daripada Inggeris atau bahasa lain
e. kata-kata tidak signifikan (seperti istilah) pun dipinjam, proses peminjaman tidak menentu
f. kosa kata terdiri daripada kata-kata rendah dan bercampur
g. digunakan dalam konteks rendah, interaksi sosial yang rendah.

Ada kalanya bahasa ini juga berupa bahasa slanga yang dituturkan oleh remaja. Walaupun bahasa ini ternyata dapat mengkomunikasikan mesej, tetapi bahasa begini bukanlah bahasa budaya tinggi. Bahasa begini tidak rapi, bercampur-aduk, banyak menggunakan bahasa slanga. Ini adalah bahasa rendah yang hanya mampu mengungkapkan budaya rendah. Bahasa begini tidak sepatutnya menjadi bahasa yang digunakan melalui saluran rasmi pemerintah seperti radio dan televisyen.

Seorang artis wanita mencuba menarik minat penonton supaya menikmati rancangannya. Walau bagaimanapun, artis yang juga menjadi pengacara majlis di televisyen itu tidak mengiktiraf taraf formal sesuatu majlis yang ditayangkan di televisyen itu.

Dialog 1

Pengacara sebuah rancangan kelab remaja di televisyen mengeluarkan ungkapan seperti berikut.

Pengacara: Masa cuti lalu I ... berserta kru televisyen ... we all buat syuting di ... Harap you all akan menonton apa yang we all sediakan untuk you all ...

Dialog 2

Seorang artis wanita mengiklankan segmen muziknya untuk penonton. Bahasa artis tersebut adalah seperti berikut:

Artis: I sudah rakamkan empat buah album untuk you all. You all mesti dengar lagu-lagu I. I akan pilih lagu-lagu yang menarik spesiali untuk you ... Penerbit I dan member kru telivisyen ... they all telah menyediakan rancangan spesyel untuk you all. We all telah bekerja keras untuk you all.

Dialog 3

Pengguna bahasa pasar mudah menyamatarafkan semua orang dengan tarafnya sendiri (Kampung Baru, Ogos 1997)

Pelayan: You nak makan apa? You seleklah makan dari meja tu, you ambiklah apa you nak. Kemudian you bawak kat I, I kira bagi kat you.
Pelanggan: Cik puan, panggillah pelanggan ‘cik’ ... ‘encik’ dan ‘puan.’ Itu panggilan hormat.
Pelayan: You tak suka tak pa ...we all tak pernah dengar orang komplen pun ....

Dialog 4

Dalam sebuah pasaraya, pembawa majlisnya sangat aktif. Namun bahasa yang digunakannya adalah bahasa budaya rendah.

Pembawa acara: Mari pak long pak long, mak long mak long, mari .....
Pelanggan: Apa yang dibuatnya, tu?

Sebenarnya pembawa acara dalam siaraya bangunan, tidak menggunakan bahasa baku dan bahasa rasmi. Bahasanya adalah bahasa pasar.

Analisis
Bahasa pasar ialah bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu I, you, we all, you all, they all, gua, lu, gua semua, lu semua, dia orang, semua orang, lu orang, kita orang, aya, ane, bai, dll.

Bahasa pasar adalah bahasa orang tidak terpelajar. Atau, digunakan oleh orang terpelajar kepada orang tidak terpelajar. Ini bukan bahasa rapi dan bahasa rasmi. Ini bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, di perhentian bas, dll. Dalam rancangan rasmi melalui televisyen ke seluruh negara, bahasa pasar tidak wajar digunakan. Menggunakan bahasa pasar ini sangat merendahkan taraf orang yang dilawan bercakap. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah:

1. Budaya Melayu memerlukan bahasa yang rapi digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa pasar ini tidak ada tempat dalam majlis rasmi.
2. Menggunakan ganti nama bahasa pasar kepada orang datang daripada budaya rendah. Budaya tinggi menuntut bahasa yang rapi.
3. Dengan mengeyou-youkan penonton, pengacara menurunkan semua orang ke taraf mat dan minah rock sahaja.
4. Televisyen adalah saluran rasmi. Bahasa pasar dan bahasa campur-aduk tidak ada tempat dalam saluran rasmi.
5. Tidak menggunakan neka bahasa baku. Dalam suasana rasmi, perkataan dan sebutan pun mesti rasmi, iaitu bahasa baku.
6. Bahasa pasar tidak ada kehalusannya, peri laku penutur bahasa pasar juga akan menjadi kasar dan sumbang. Apabila kita menggunakan bahasa berbudaya tinggi, kita tidak tergamak berkelakuan kasar dengan pelanggan.

Apabila pelayan menggunakan ganti nama you kepada pelanggan, pelanggan merasa tidak dihormati. Malah dia merasakan dia disamakan dengan pelayan remaja yang menyebut dirinya I. Pada pihak pelayan pula, apabila dia menggunakan kata ganti nama you kepada semua pelanggan, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu dia telah berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting. Tanpa pelanggan perniagaan kita tidak ada. Oleh sebab itu pelanggan adalah bertaraf lebih tinggi daripada pelayan. Kita tidak boleh merendahkan mereka dengan mengeyou-youkan mereka. Elakkan perbalahan dengan pelanggan. Ini akan dapat kita buat dengan memanggil mereka Encik, Tuan, Puan, Cik dan Cik Puan. Gugurkan sama sekali ganti nama you dan I.

Apabila kita mahu menggunkan bahasa tinggi buanglah ganti nama pinjanan. Gunakan ganti nama hormat, iaitu: Tuan, Puan, Encik, Cik, para penonton, para pendengar, para peminat, barulah perilaku penutur juga turut berubah.

Bahasa yang berbudi Bahasa

Dialog 1

Pengacara kelab remaja.

Pengacara: Masa cuti lalu saya berserta kru televisyen. Kami membuat penggambaran di (...) Saya harapkan saudara semua akan menonton apa yang kami sediakan untuk saudara semua.

Dialog 2

Dialog yang sudah dibaiki adalah seperti berikut:

Artis: Saya sudah rakamkan empat buah album untuk saudara semua. Saudara semua mesti mendengar lagu-lagu saya. Saya akan pilih lagu-lagu yang menarik spesiali untuk saudara semua. Penerbit saya dan ahli kru telivisyen kami, semuanya telah menyediakan rancangan spesel untuk yaudara semua. Kami telah bekerja keras untuk saudara semua.

Dialog 3

Dialog yang sudah dibaiki)

Pelayan: Tuan-tuan dan Puan-puan hendak makan apa? Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah memilih makanan dari atas meja itu. Tuan-tuan dan Puan-puan bolehlah mengambil apa makanan yang dikehendaki. Kemudian, bawalah kepada saya, saya kira untuk Tuan-tuan dan Puan-puau.
Pelanggan: Cik puan, panggillah pelanggan ‘cik’ ... ‘encik’ dan ‘puan.’ Itu panggilan hormat.
Pelayan: Sekiranya Tuan tidak suka tidak mengapa. Kami tidak pernah orang bersungut mengenai hal ini.

Dialog 4

Pembaikan:

Pembawa acara: MariTuan-tuan dan Puan-puan, mari lihat .....

Sebenarnya pembawa acara dalam siaraya bangunan, tidak menggunakan bahasa baku dan bahasa rasmi. Bahasanya adalah bahasa pasar.

Analisis
Bahasa pasar ialah bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu I, you, we all, you all, they all, gua, lu, gua semua, lu semua, dia orang, semua orang, lu orang, kita orang, aya, ane, bai, dll.

Bahasa pasar adalah bahasa orang tidak terpelajar. Atau, digunakan oleh orang terpelajar kepada orang tidak terpelajar. Ini bukan bahasa rapi dan bahasa rasmi. Ini bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, di perhentian bas, dll. Dalam rancangan rasmi melalui televisyen ke seluruh negara, bahasa pasar tidak wajar digunakan. Menggunakan bahasa pasar ini sangat merendahkan taraf orang yang dilawan bercakap. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah:

7. Budaya Melayu memerlukan bahasa yang rapi digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa pasar ini tidak ada tempat dalam majlis rasmi.
8. Menggunakan ganti nama bahasa pasar kepada orang datang daripada budaya rendah. Budaya tinggi menuntut bahasa yang rapi.
9. Dengan mengeyou-youkan penonton, pengacara menurunkan semua orang ke taraf mat dan minah rock sahaja.
10. Televisyen adalah saluran rasmi. Bahasa pasar dan bahasa campur-aduk tidak ada tempat dalam saluran rasmi.
11. Tidak menggunakan neka bahasa baku. Dalam suasana rasmi, perkataan dan sebutan pun mesti rasmi, iaitu bahasa baku.
12. Bahasa pasar tidak ada kehalusannya, peri laku penutur bahasa pasar juga akan menjadi kasar dan sumbang. Apabila kita menggunakan bahasa berbudaya tinggi, kita tidak tergamak berkelakuan kasar dengan pelanggan.

Apabila pelayan menggunakan ganti nama you kepada pelanggan, pelanggan merasa tidak dihormati. Malah dia merasakan dia disamakan dengan pelayan remaja yang menyebut dirinya I. Pada pihak pelayan pula, apabila dia menggunakan kata ganti nama you kepada semua pelanggan, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu dia telah berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting. Tanpa pelanggan perniagaan kita tidak ada. Oleh sebab itu pelanggan adalah bertaraf lebih tinggi daripada pelayan. Kita tidak boleh merendahkan mereka dengan mengeyou-youkan mereka. Elakkan perbalahan dengan pelanggan. Ini akan dapat kita buat dengan memanggil mereka Encik, Tuan, Puan, Cik dan Cik Puan. Gugurkan sama sekali ganti nama you dan I.

Apabila kita mahu menggunkan bahasa tinggi buanglah ganti nama pinjanan. Gunakan ganti nama hormat, iaitu: Tuan, Puan, Encik, Cik, para penonton, para pendengar, para peminat, barulah perilaku penutur juga turut berubah.

Dialog 5

Bahasa yang digunakan oleh seseorang mempunyai kaitan rapat dengan karisma penuturnya. Karisma penutur meningkat, yakni kelihatan sebagai orang terpelajar, orang yang berkaliber, dan mampu menguasai keadaan apabila menggunakan bahasa yang terkawal rapi. Seorang pemimpin atau ketua yang menggunakan bahasa campur, gaya bahasa percakapan dalam konteks rasmi adalah kelihatan seperti orang tidak terpelajar! Lihat contoh dialog seorang pemimpin Lembaga Hasil dalam Negeri (Tan Sri Zainol).

Pemimpin: Kebanyakan yang kata susah, tak buka enbelop pun ..... te dia punya fomet, eh senanglah!

Bila kita eksplen, eh senanglah!

Analisis:

1. Sebutan dialek Kedah, adalah bahasa percakapan.
2. Ayat tidak lengkap.
3. Menggugurkan imbuhan.
4. Mencampurkan perkataan Inggeris dalam wacana Melayu dengan sebutan seperti orang tidak bersekolah.
5. Kilihan kata ‘susah’ untuk ‘sukar’.
6. Intonasi seperti orang ‘bersembang.’
7. Tidak menghormati konteks rasmi, iaitu temuramah dalam televisyen awam.

Dialog berbdi bahasa bagi dialog No 4

Pemimpin: Kebabanyakan mereka yang mengatakan (borang cukai pendapatan) itu sukar, tidak membuka sampul suratnya pun!

Sebenarnya borang itu mempunyai format yang sangat mudah. Apabila mereka ditunjukkan format itu, maka barulah mereka sedar bahawa borang itu mudah difahami.

Kemudian, apabila dijelaskan pula, mereka pun terus bersetuju bahawa borang itu sangat mudah difahami.

Nota:

Memanglah, bahasa di atas mudah difahami oleh orang kampung. Oleh sebab otu mungkin bolehlah diguakan bagi menjelaskan borang itu kepada orang kampung, sekiranya mereka membayar cukai pendapatan.

Juga pendengar mendapat kesan yang mereka tidak dihormati. Juga, pegawai yang bercakap begitu di depan khalayak terpelajar, akan memebri kesan negatif bahawa beliau tidak dapat menggunakan bahasa yang baku dan rapi. Dengan kata lain, karismanya juga jatuh.

Faktor Yang Mewujudkan Bahasa Kacukan

Menurut Uriel Weinreicht (1957) yang menulis Languages in Contact, menimbulkan peminjaman, iaitu fenomena bahasa rojak, bahasa sms, bahasa slanga, dll.
Bahasa bertembung melalui beberapa cara:

1. Perpindahan, migrasi, koloni, tawanan perang dibawa ke tempat lain dll
2. Paksaan. Malaysia?
3. Berpindah tempat kerja, dihalau dari tempat asal, kuasa lain
4. Dasar langit terbuka, media bebas, membawa banyak pengaruh tv dll,

Konsep meminjam dalam bahasa berbeza daripada yang kita amalkan. Unsur bahasa yang dipinjam tidak dipulangkan. Ia menjadi sebahagian daripada bahasa yang meminjam. Apakah unsur yang dipinjam:

1. Bunyi, ejaan, sebutan (fekto = faktor, straktor = struktur, dll)
2. Frasa, ayat (ayat pasif dipinjam dpd bahasa Inggeris, lazat restoran?),
3. Kosa kata, istilah: banyak
4. Imbuhan, isme, pra, dll
5. peribahasa: batu loncatan, honeymoon, birthday celebrataion,
6. Unsur tatabahasa: telah = was, unsur jamak = ganda, dll.

Kenapa kita meminjam.

1. Diperlukan (istilah)
2. Memudahkan (berlaku dalam penutur asli bahasa Melayu)
3. Mendapat prestij (mungkin inilah yang menjadi dorongan penutur asli bahasa Melayu apabila meminjam daripada bahasa Inggeris)

Gangguan sistem

Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bahasa, berbilang kelas, berbilang taraf pada hari ini, maka seringlah berlaku maslah komunikasi silang budaya.

Bahasa ada banyak sistem. Sistem panggilan (sapaan) adalah berbeza dalam bebrabagi konteks dan situasi. Sebagai contoh konteks kampung, bandar. pejabat, jual beli, berpidato, bercakap di tv, mempunyai budaya sendiri.

Begitu juga dengan konteks, orang yang dilawan bercakap, rasmi tak rasmi, dll. Bagaiamana bahasa badan digunakan dll.

Baru-baru ini, banyak badan dan organisasi besar dibangunkan. Dari situ timbullah pula konteks baru, iaitu budaya korporat. Ini memerlukan kita menggunakan bahasa rasmi, rapi dan baku. Walau bagaimanapun, kebanyakan penutur Melayu dari luar bandar belum begitu mahir dengan sistem bahasa korporat ini. Bahasa korporat memerlukan penggunaan bentuk panggilan hormat, penggunaan bahasa rapi dan tidak dipendek-pendekkan.

Apabila penutur bahasa Melayu dari kampung masuk ke dalam dunia korporat, maka berlakulah gangguan terhadap penggunaan bahasa ini. Orang kampung menggunakan sistem panggilan kampung dengan memanggil semua orang lelaki lebih tua daripadanya sebagai abang dan lelaki yang lebih tua sebagai pak cik. Peniaga restoran memanggil pelanggannya dengan panggilan kampung, abang, kakak, makcik, dll. Pada hal pelanggannya merasa tidak dihormati apabila dipanggil begitu.

Begitu juga ungkapan bahasa basahan mula mengganggu sistem bahasa rasmi. Bahasa daerah dicampurkan dengan bahasa rasmi.

Sistem ganti nama bahasa Inggeris mengganggu sistem ganti nama Melayu.

Sistem sebutan dialek Kedah, Kelantan, dll mengganggu sistem sebutan bahasa baku.

Sistem kosa kata dan ungkapan dialek seperti jom adalah untuk dialek tersebut. Ia tidak boleh menggantikan marilah mengganggu kosa kata bahasa rasmi.

Ungkapan bahasa remaja seperti sure heboh, blah, balok, awek, adalah sesuai bagi kelompok penutur remaja. Apabila digunakan apabila bercakap dengan orang tua, ungkapan ini menjadi tidak sesuai. Apabila digunakan dalam konteks rasmi seperti dalam transaksi perniagaan, urusan temugga dan mesyuarat rasmi, bahasa ini menjadi biadab. Namum ungkapan remaja ini mula mengganggu bahasa rapi dan bahasa rasmi.

Implikasi

Contoh bahasa kacukan ini sungguh menular luas. Sukar kita menemui pensyarah, pemimpin, dll. yang menguasai bahasa Melayu tinggi. Akibatnya ialah, mereka dipersepsi sebagai orang yang tidak menguasai bahasa Melayu tinggi dengan empurna, dan tidak pula diperspesi sebagai orang yang menguasai bahasa bahasa Inggeris yang mencukupi. Orang yang menguasai bahasa Inggeris yang baik tidak akan mencampurkan bahasanya. Mereka akan langsung berbahasa Inggeris dengan sempurna, kerana mereka mengetahui kemahiran berbahasa Inggeris yang baik itu dikagumi. Lantas, mereka akan mempamerkan penggunaan bahasa Inggeris yang sempurna.

Mereka yang mencapurkan bahasa Melayunya dengan bahasa Inggeris yang patah-patah, dan lazimnya penuh dengan kesilapan, adalah mengharapkan orang mengatakan dia pandai berbahasa Inggeris. Yang jelas ialah, mereka yang mahir berbahasa Inggeris tidak akan mempamerkan lakuan bahasa demikian. Bahasa bercampur adalah bukti penguasaan bahasa Inggeris yang rendah. Buktinya banyak perkataan yang salah digunakan: mereka proaktif (proaktif bagi yang cuma aktif; show off digunakan bagi show up; respected bagi respective, improvise bagi improve – dilakukan oleh pensyarah bahasa Inggeris, kasut seasoned bagi lusuh, dll)

Implikasi Kepada Pengguna Bahasa Kacukan

Setiap orang mempunyai karisma. Cuma ada yang lebih berkarisma tinggi, ada yang berkarisma sederhana dan ada yang berkarisma rendah.

Ada banyak ciri karisma. Ketua ajaran sesat seperti Ashaari mempunyai karisma tinggi. Sedangkan Ayah Pin pun mempunyai karisma. Oleh sebab itu mereka mempunyai pengikut. Karisma mempunyai banyak ciri, iaitu:

Pakar: kredibel
Telus: tanpa dusta
Citra: paras, pakaian
Kemahiran berbahasa: lancar, fasih, terpelajar
Bertenaga: aktif
Tubuh: Tinggi

Dalam artikel ini kita melihat hanya ciri kemahiran berbahasa. Bahasa yang digunakan oleh seorang penutur, pensyarah, pemimpin adalah berkaitan dengan kemampuannya memujuk atau meyakinkan orang. Ringkasnya, mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa yang lancar, lenkap, terpelajar, akan dipersepsi sebagai pemimpin yang baik. Ini sanagt penting bagi membentuk karisma seorang pemimpin.

Bekas pesiden Amerika Syarikat, Tuan Jimmy Carter terpaksa belajar bahasa yang baik bagi menjalankan tugasnya sebagai pemimpin, lebih-lebih lagi bagi menyampaikan ucapan. Bekas perdana menteri Malaysia juga dikatakan pernah menggunakan kepajaran perunding bagi menyampaikan pidato dengan baik dan berkesan. Ada prinsip-prinsip mempengaruhi hadirin. Bahasa yang lancar, bergaya, berkuasa, dan lengkap, adalah:

a. lebih meyakinkan dan persuasif
b. meninggikan kepercayaan hadirin
c. bahasa lelaki (tanpa keamatan)
d. bahasa korporat, lebih berkuasa
e. berkarisma.

Bandingkan bahasa yang digunakan oleh seniman seperti Jins Shamsudin dengan bahasa Chef Wan (termasuk latah-latahnya), bahasa Anwar Ibrahim dengan bahasa Abdullah Badawi, bahasa pengacara televisyen Malaysia dengan pengacara televisyen Malaysia. Kita akan mendapat gambaran yang jelas mengenai peranan bahasa yang digunakan dan karisma penuturnya.

Begitu jugalah, penutur bahasa kacukan akan dipersepsi sebagai tidak berkarisma, iaitu:

a. tidak berilmu, bukan pakar (pengungkapan ilmu memerlukan bahasa tinggi, ilmu dan idea dalam bahasa kacukan tidak kelihatan keilmuwannya)
b. tidak mahir menggunakan bahasa (pandai bercakap dipandang tinggi dalam budaya Melayu, seperti orang kampung dan tidak bersekolah)
c. tidak serius, seperti main-main apabila bercakap
d. tidak bijaksana (malah bahasa kacukan tidak boleh serius, dijadikan bahan ketawa dan makar)
e. menurunkan taraf atau tidak menghormati majlis dan hadirin
f. belum habis berfikir, atau tidak berfikir sudah bercakap.
g. kepimpinan yang lemah, tidak mempunyai kuasa persuasif.

Sebagai kesimpulannya, bahasa kacukan bukanlah bahasa budaya tinggi. Penuturnya dengan sendirinya menurunkan tarafnya kepada taraf orang tidak terpelajar, tidak berbudaya tinggi, main-main, tidak serius, tidak menghormati majlis dan pendengarnya. Penutur bahasa kacukan menurunkan karisma penuturnya.


Bibliografi

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997), Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap, Kuala Lumpur: UP&D.

DeVito, J.A. (1988), Human Communication, New York: Harper & Row Publishers.

DeVito, J.A. (2001), The Interpersonal Communication, New York: Longman.

Emmert, P. & Emmert V.J. Lusako (1976), Intrepersonal Communication, Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers.

Fisher, A.B. & Adams, K.L. (1994), Interpersonal Communication, Singapore: McGraw-Hill Book Co.

Johannesen, J (1990), Ethics in Human Communication, Prospect Heights: Waveland Press Inc.

Knapp, M.L. & Vangelisti, A.L. (2000), Interpersonal Communication and Huan Relationship, Boston: Allyn and Bacon.

Samovar, L.A. & Porter, R.E. (1997), Intercultural Communication, Belmont: Wadsworth Publishing Company.

Shopen, T. (1979), Languages and Their Status, Cambridge, Massachussetts: Winthrop Publishers Inc.

Trenholm, S. & Jensen, A. (1992), Interpersonal Communication, Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.

Verderber, R.F. & Verderber, K.S., (1995), Inter-Act Using Interpersoal Communication Skills, Belmont: Wadsworth Publishing Company.

Whitman, R.F. & Boase, P. H. (1983), Speech Communication, New York: McMillan Publishing Co Inc.

Sunday, January 20, 2008

19 Januari 2008

-----

Alamat emel pelajar berikut masih mengembalikan surat saya. Sila pastikan alamat anda betul. Hubungi saya melalui emel.

1. Asiah Husna
2. Siti Aisyah

Wednesday, January 16, 2008

Kuliah 4 Kemahiran Mendengar (22 Januari 2007)

---


Kemahiran Mendengar (Listening Skills)

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran mendengar
Halangan mendengar
Kemahiran bertanya
Jenis pertanyaan
Strategi bertanya
Etika komunikasi

Bacaan
Interpersonal (Bab 2 dan 3
The Interpersonal Comunication (Bab 4 dan 5)
Effective Listening

Kemahiran Berbahasa

Mendengar
Bertutur
Membaca
Menulis

Kemahiran Menerima Komunikasi (Membaca, Bertutur)
Kemahiran Menyampai Komunikasi (Membaca, Menulis)

Apakah itu mendengar?

Asas mendengar: dengan telinga
Deria lain: mata, mulut, hati

Langkah pertama

Konsep diri
Pendedahan diri
Kaedah Mendengar
Berikan seluruh tumpuan kepada apa yang dikatakan
Pandang dan tenung klien: pelajar atau rakan yang sedang dilawan berkomunikasi.
Ketahui perkara utama yang sedang diperkatakan.
Dengar dengan teliti ayat dan perkataan yang mengandungi perkara penting yang diperkatakan.
Jangan sekadar mendengar!

Mendengar Secara Aktif

Persekitaran
Mesej yang hendak disampaikan
Maklum balas, bagi mengetahui sama ada si penerima menerima mesej anda

Langkah-langkah penting apabila mendengar secara aktif

Apabila kita didatangi oleh klien, berhentilah melakukan apa yang dilakukan ketika itu.
Ia mengambil masa yang panjang, jangan menerima tugas mencerap sekiranya tidak ada masa yang mencukupi.
Jangan kemukakan nasihat kita kepadanya kecuali dipinta.
Beri tumpuan kepada klien saja, jangan kaitkan apa saja yang sedang dialaminya itu dengan pengalaman kita.

Aktiviti Mendengar

Dengar (terima)
Fahami
Ingat
Menilai
Membalas

Dengar

Beri tumpuan kepada kata-kata yang didengar.
Perhatikan bahasa badan penutur.
Dengar apa yang diucapkan dan apa yang tidak diucapkan.
Tumpukan kepada penutur.
Jangan mencelah.
Hentikan sebarang gangguan yang ada (telefon, bermain dengan pensil, dll).

Fahami

Kaitkan yang didengar dengan maklumat yang kita sudah tahu.
Fahami apa kata klien itu dari sudut pandangannya, bukan pandangan kita.
Tunggu sampai klien selesai bercakap, baru buat penilaian.
Minta lebih banyak penerangan dan maklumat.
Ulang apa yang dikatakan oleh klien, tetapi gunakan perkataan kita sendiri.

Ingat

Kenal pasti perkara-perkara penting yang diperkatakan.
Ringkaskan apa yang diucapkannya.
Ulang nama-nama dan perkara-perkara yang penting pada diri kita.

Menilai

Jangan menilai sebelum orang itu selesai bercakap
Bersangka baik
Minta penjelasan lanjut jikalau kita tidak bersetuju
Bezakan antara fakta, pendapat peribadi atau andaian
Kenal pasti kalau ada prasangka, kepentingan diri dan sikap berat sebelah, menyebabkan orang itu berkata begitu

Memberi maklum balas

Tunjukkan sikap mendokong, gunakan perkataan kata seperti: ya, iya, hm, hm …
Bahasa badan seperti: mengangguk-angguk, memandang klien.
Bersikap jujur: sama ada bersetuju, tidak bersetuju
Gunakan ayat-ayat "saya."

"Saya rasa cara kedua lebih mahal daripada cara pertama."
" Saya fikir kita perlukan cara-cara lain yang lebih murah."

Halangan mendengar

Tidak memberi perhatian (bercakap di telefon)
Kerana mahu berhujah atau bertelagah (Aku hendak kata …)
Memilih, tidak berminat mendengar semua (Aku hendak dengar skandal dia … )
Memikirkan hal lain (….)
Melakukan sesuatu (bermain pensil … )
Mencelah perbualan (Apa jadi … )

Mendengar dengan empati

Meletakkan diri kita dalam keadaan klien.
Dengarlah dengan memahami makna yang tersembunyi (meta komunkasi, judul yang dominan.
Tunjukkan kita mendengar apa yang diucapkan dan memahaminya.

Memberi respons dengan berempati

Memberi nasihat yang diperlukan.
Membuat penilaian terhadap tindakan orang yang dicerap.
Menyatakan analisis kita tentang diri dan tindakan orang yang dicerap.
Memberikan respons mendokong (menyangga = sangga "topang").
Lebihkan mendengar, kurangkan bercakap.
Tumpukan kepada perkara-perkara yang menyentuh diri dan perasaan.
Biar dia luahkan dan fikirkan apa yang mahu.

Jangan sibuk memberitahu dia apa yang kita fikir dia sepatutnya fikir, rasa atau buat: "Saya rasa elok kamu fikir nasib …, Sia-sia saja kamu menangis …, Elok kamu jangan berkawan dengan dia …"
Jelaskan apa yang orang itu katakan berkenaan apa yang dia fikir dan rasai: "Maksud awak, awak bersedia memberi dia peluang lagi …, Mengapa awak fikir dia tidak akan mengubah tabiatnya?"
Lebihkan perhatian kepada apa yang orang itu rasai, bukan apa yang dimaksudkan: "Saya faham awak kecewa …,"

Jangan sibuk memberitahu apa pandangan kita: "Pada saya, ini masalah kecil ..., Awak tak perlu membesar-besarkan masalah begini ..."
Jangan tunjukkan sikap neutral atau objektif: "Awak mesti terima kenyataan dia ada hak untuk memilih ..., Awak tak boleh paksa dia …, Saya tak boleh masuk campur .., Ini urusan awak…, Awak terlalu menurut perasaan..., Awak mesti berfikir dengan rasional."

Kemahiran bertanya

Wujudkan iklim positif.
Dapat mencapai tujuan.
Biar pelajar memberi maklum balas.
Dapat meningkatkan kefahaman.
Membolehkan pemikiran menjadi jelas.
Meningkatkan saling persefahaman.

Jenis pertanyaan atau soalan

Terbuka.
Tertutup (ya, tidak).
Memperjelas.
Mengembangkan idea.
Memerlukan tindak balas.
Membuat andaian.
Menguji, mempercayai.

Ciri Iklim

Iklim positif dan negatif diakibatkan oleh komunikator.
Menghormati: gunakan sistem panggilan dan bentuk sapaan, perkataan hormat dan sopan.
Memberi kepercayaan kepada apa yang dikatakan.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada apa yang dikatakan atau dilakukan.

Kaedah Mendengar Dan Memberi Respons Yang Sesuai

Memberi respons secara aktif.
Memberi respons berempati .
Langkah-langkah yang perlu bagi mencerap secara aktif.

Memberi Respons Secara Aktif

Kurangkan bercakap.
Pastikan tiada gangguan luar.
Elakkan daripada membuat sebarang penilaian awal.
Kenalpasti idea atau perkara utama yang dikemukakan oleh yang dicerap.
Membuat pertanyaan.
Membuat Pertanyaan

Soalan ikhlas boleh menjelaskan lagi maksud yang dicerap. "Awak kata dia baik hati? Boleh tolong jelaskan?"
Mengkaji fikiran, perasaan. Tanyakan soalan terbuka. "Apa perasaanmu terhadap dirinya sekarang?". Elakkan soalan yang memburukkan keadaan: "Adakah kamu berasa geram dengan perbuatannya itu?"

Menggalakkan penemuan (discoveries). Dengan demikian kita boleh mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Jangan beri nasihat jika tidak dipinta.
Galakkan orang yang dicerap membuat huraian yang lebih terperinci. "Ceritalah kepada saya lagi mengenai perkara tersebut?"
Kumpulkan lebih banyak fakta. Orang yang ditanya terasa dirinya penting dan dihargai. Samalah seperti pelajar yang suka bertanya menyebabkan kita suka.

Elakkan soalan tidak ikhlas.
Elakkan perlakuan merendahkan orang yang bercakap.
Soalan tidak ikhlas
Soalan yang ikhlas jika disampaikan dengan cara yang tidak betul boleh menjadi soalan tidak ikhlas. Misalnya:

1. Menunjukkan mimik muka yang bercanggah dengan soalan yang ditanya
2. Soalan dengan nada suara yang bercanggah dengan situasi ketika itu
3. Bergurau tidak kena tempat

Soalan tidak ikhlas
Soalan perangkap. Ada kalanya guru bertanyakan soalan-soalan yang memerangkap orang yang sedang dicerapnya (pelajar).
"Awak tak sukakan saya, betul tak?"
"Anak yang sulung berapa umurnya? Bila kamu bercerai? (Perangkap mahu tahu sudah berkawin)

Soalan tidak ikhlas
Menyalahkan orang yang dicerap. "Kamu menipu cikgu? Kamu pinjamkan buku kamu kepada Rahim?

Agenda tersembunyi. Orang yang dicerap serba salah memberikan jawapan: "Besok kamu sibuk tak? Kalau cikgu cakap sesuatu pada kamu, kamu marah tak?
Berdasarkan andaian tidak teliti, oleh itu orang yang dicerap tersinggung: "Mengapa kamu tidak mendengar nasihat saya?
Memerlukan jawapan "betul". Penanya tidak mahukan jawapan ikhlas. "Abang, saya ni gemukkah? Cantikkah baju saya ini?"

Langkah yang ikhlas
1. Membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula dalam perkataan sendiri, mesej yang difikirkan ingin dinyatakan oleh orang yang dicerap: Contoh:
Murid: "Cikgu, saya mahu meminta maaf padanya tetapi saya malu."
Ckgu: "Kamu mahu meminta maaf tetapi malu padanya."
Cara memparafrasa yang lebih sesuai. Contohnya,
Murid: "Cikgu, saya mahu meminta maaf dengannya tetapi saya malu."
Cikgu: "Kau mahu berbaik semula dengannya. Begitu?"

2. Memparafrasa dengan mengubah kata-kata orang yang dicerap. Contoh:

Rahman: "Wanita yang mahukan taraf yang sama dengan lelaki adalah wanita yang tidak bercita-cita tinggi."
Julia: "Kau tak sukakan wanita yang sebegitu kerana mereka mengada-ngada. Betulkah?"

3. Memberi contoh mengenai apa yang dinyatakan oleh orang yang dicerap. Contoh:

Wong: "Cikgu, saya tak sangka Lingam tu boleh buat perangai macam tu semalam.
Guru: "Lawaknya melukakan perasaan kamu?"

4. Memberikan gambaran tentang tema kata-kata orang yang dicerap. Contoh:

"Awak asyik mengatakan kepada saya tugas awak masih belum selesai.
"Adakah awak bimbang dimarahi oleh ketua awak?"

Respons Yang Tidak Bermakna
Respons Kosong (Impervious response)
Respons Menganggu / Mencelah (Interrupting response)
Respons Tidak Relevan (Irrelevant response)
Respons Sekilas (Tangential response)
Respons Impersonal (Impersonal response)
Respons Bercelaru (Incoherent response)
Respons Bercanggah (Incongruous response)

1. Respons Kosong

Respons yang tidak memberi sebarang petanda (muka kosong-tak bercakap langsung) Tidak ada tanda verbal dan non-verbal (selamba saja) Contoh:
Aminah: "Saya suka ucapan awak tadi, menarik perhatian dan bernas".
Ali: (Tiada respons, verbal atau bukan verbal)

2. Respons Mencelah

Anda memotong atau mencelah percakapan komunikator sebelum klien selesai bercakap. Contoh:
Aminah: "Saya ada satu berita yang menarik ..."
Ali: "Oh, pasal pasaran saham tu, indeks komposit turunlah….."

3. Respons Tidak Relevan

Anda berusaha mengalihkan tajuk perbicaraan tanpa ada hubungan sama sekali dengan apa yang didengar. Contoh:
Aminah: "Ketika kapal terbang kami mula mendarat tadi, tiba-tiba kami mendengar satu letupan di belakang. Mujur kami selamat sekarang"
Ali: "Tak kiralah sama ada kereta itu besar atau kecil, awak hendak naik dengan sayakah …"

4. Respons Sekilas

Anda memberi respons pada pernyataan yang didengar, tetapi dengan segera mengalih perbicaraan (hampir sama dengan respons tidak relevan). Contoh:
Aminah: "Saya berpendapat kita harus melaksanakan program itu demi kebaikan mahasiswa di UPSI ini."
Ali: "Saya setuju, pendapat itu baik, tapi, malam esok Datuk K berkahwin dengan Sitilah!".

5. Respons Impersonal

Anda memberi komen dengan menggunakan kata ganti orang ketiga. Contoh:
Aminah: "Awak suka tak dengan dia?"
Ali: "Orang tak sukalah."

6. Respons Bercelaru

Anda berbicara dengan kalimat-kalimat yang tidak tersusun dan tidak lengkap. Contoh:
Aminah: "Saya tidak suka pelajar lelaki di sini berlagak."
Ali: "Yalah… kadang-kadang tu…. er… memang mereka berlagak tapi mereka, baik juga sebab mereka suka membantu perempuan, temberang… dan kalau… er, awak tidak suka mereka kenapa. Itulah pasal…… lelaki memang macam itu… tetapi …susahlah henda bercakap sebab saya lelaki juga. Maaflah."

7. Respons Bercanggah

Anda menyampaikan respons lisan yang bertentangan dengan respons bukan lisan. Contoh:
Aminah: "Maafkan aku Lie…."
Ali: "Hah, itulah awak. Dasar perempuan (marah tetapi suara mendatar). Asyik tahu minta maaf, . besok buat lagi. Kalau engkau buat lagi, . Aku akan, ... Baiklah ..."

Rumusan

Mendengar: aktiviti komunikasi yang paling kurang di ambil perhatian
Mendengar terdiri daripada komponen-komponen iaitu memilih, memberi tumpuan atau melayan, memahami, mengingat dan memberi respons.

Terdapat berbagai jenis tabiat pendengar yang lemah dan boleh mengakibatkan berbagai masalah dalam penerimaan maklumat dan seterusnya hubungan yang tidak baik di antara individu.

Mendengar aktif memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga dan perasaan.
Ia memerlukan kemahiran dalam memberikan respons yang empatik seperti membuat pertanyaan ikhlas dan memparafrasa.
Terdapat respons yang tidak memberi makna semasa kita berkomunikasi secara verbal.

PERHUBUNGAN DENGAN PESERTA KURSUS

-----

Saya akan menghubungi semua peserta kursus melalui emel atau blog ini sahaja. Sekiranya anda belum menerima sebarang surat emel daripada saya, bermakna alamat emel anda salah. Sila beri tahu saya alamat yang betul melalui profabdullah@pts.com.my.

Semua tugasan juga mesti dihantar melalui emel. Beri nama fail tugasan anda menurut no dan nama dalam blog ini.

Anda boleh datang bertemu saya di pejabat bila-bila sahaja. Sekiranya saya tidak ada di pejabat, sila sms saya pada no 019-5752200.

Friday, January 11, 2008

Kuliah 3 Tatabahasa Sosial (15 Januari 2008)

Wacana Ilmu 30 April 2005

Tatasbahasa Sosial: Peraturan Kesantunan Bahasa Kebangsaan

Prof. Emeritus Abdullah Hassan
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa


Pengenalan

Pada masa ini, apabila kita mengajarkan bahasa Melayu, lazimnya kita hanya mengajarkan rumusan tatabahasa. Ini bermakna di sekolah kita hanya belajar mengeja, menulis, menyebut huruf-huruf, mendengar dan membaca. Kita belajar membina perkataan menjadi frasa, frasa menjadi ayat, ayat menjadi perenggan dan perenggan menjadi karangan. Kita juga belajar menggunakan tanda-tanda baca. Seterusnya kita belajar menggunakan perkataan dengan tepat. Belajar perkara-perkara ini adalah belajar tatabahasa, iaitu mekanik sesuatu bahasa. Selepas selesai belajar mekanik bahasa ini, maka kita dianggap sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu. Kemudian, apabila kita mendengar orang bertutur dalam bahasa Melayu, maka kita mula merasa ada sesuatu yang tidak kena. Ada kalanya kita mendengar orang Melayu juga membuat beberapa kesilapan apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Kesilapan ini menimbulkan rasa lucu, tersinggung, tidak dihormati, malah dihina. Lebih buruk lagi, ada kalanya orang merasa marah, dan menganggap orang yang bercakap itu kurang ajar.

Seawal tahun 1974, perkara ini sudah ditimbulkan oleh penulis dalam Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Malaysia, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (7-10 April 1974) melalui sebuah kertas kerja bertajuk “Pembentukan Bahan Pengajaran Dan Penilaiannya.” Dalam kertas itu dibincangkan betapa kita perlu memasukkan unsur budaya dalam mengajarkan bahasa Melayu supaya pelajar tidak menggunakan ‘nama sendiri’ sebagai ganti nama orang pertama ‘saya.’ Setelah sekian lama, gejala-gejala ini semakin memburuk.

Kesilapan Tatabahasa Sosial dalam Berkomunikasi adalah Lebih Serius

Kita boleh sahaja melakukan kesalahan tatabahasa. Katakanlah kita salah mengeja satu perkataan. Katakanlah kita salah menggunakan tanda baca. Katakanlah kita salah membina ayat, dan sebagainya. Kesalahan tatabahasa itu dapat sahaja dibetulkan. Tidak ada sesiapa yang merasa tersinggung. Tidak ada siapa yang akan marah. Malah, kesalahan itu tidak menimbulkan akibat yang berat. Sebaliknya, apabila kita membuat kesalahan tatabahasa sosial atau kesalahan budaya, akibatnya adalah serius. Ini dapat kita lihat dalam peristiwa berikut:

Peristiwa 1

Seorang lelaki memakai sut lengkap warna hitam turun dari kereta Mercedes 380 masuk ke bilik pameran motokar Citroen (Ampang, September 1996). Beliau memandang kepada penyambut tetamu wanita muda yang sedang bercakap di telefon.

Pelanggan: Cik, Ada jurujual, saya ingin bertanya?Penyambut tetamu: Yu wait seminit ... Ai cakap dengan bos ni ...

Pelanggan: ‘Yu’ kepala hotak engkau …

Bakal pelanggan berkata dengan suara rendah, tetapi dapat didengar dengan jelas.

Beliau keluar, terus masuk kembali ke keretanya dan beredar. Ternyata beliau merasa dilayan dengan buruk. Gelagat penyambut tetamu itu biadab, gerak-gerinya biadab, dan bahasanya biadab. Memanggil orang yang bertaraf tinggi dengan ganti nama bahasa pasar Yu adalah merendahkan tarafnya.

Kedua, perbuatan terus bercakap di telefon adalah perbuatan yang tidak sopan juga.

Peristiwa 2

Seorang pensyarah bernama H….. baru mula berucap. Salah seorang hadirin dalam majlis itu ialah seorang pegawai tinggi, jauh lebih tinggi daripada taraf pensyarah. Namum mereka pernah berkawan pada masa dahulu. Dalam memulakan ucapan pensyarah tersebut berkata sesuatu yang melanggar budaya berbahasa dalam budaya Melayu, iaitu tatabahasa sosial bahasa Melayu.

Pensyarah: Yang Berbahagia Cik Nama

Pegawai tinggi: Cik Nama kepala bapak dia ….

Beliau berkata demikian kepada ketua jabatan pensyarah tersebut, yang kebetulan duduk di sisi beliau.

Pensyarah berkenaan menggunakan satu frasa yang lazim digunakan bagi menyapa kawan baik yang senama dengan kita, tetapi mestilah kawan yang setaraf. Apabila dilakukan kepada orang yang lebih tinggi tarafnya, ini bermakna kita menurunkan tarafnya ke taraf kita. Ini adalah kesalahan tatabahasa sosial. Akibatnya buruk. Kita boleh memalukan diri sendiri dalam majlis. Bahkan kita boleh kehilangan pelanggan yang akan membeli barangan kita. Rata-rata, rakyat Malaysia mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang difahami oleh ramai orang sekarang. Ada banyak faktornya, tetapi itu bukan tujuan syarahan menerangkannya pada hari ini. Apabila aspek ini semakin kurang diberi perhatian sehingga menimbulkan kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu, maka barulah kita semakin merasakan perlu dilakukan sesuatu supaya penggunaan unsur-unsur budaya yang positif dalam komunikasi diutamakan semula. Terutama dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.

Unsur-unsur budaya positif ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak tahu apa aspek budaya yang dimaksudkan dan bagaimana pula kita mengajarkannya kepada murid sekolah. Apa kaedahnya, apa bahannya, dan seterusnya. Memang ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budaya, iaitu: kata panggilan, kata gelaran, ganti nama, cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dll. Di samping itu ada juga unsur-unsur lain yang mempengaruhi penggunaan bahasa, iaitu sama kita bertutur secara rasmi atau tidak rasmi. Dengan siapa kita bercakap atau berucap, apa taraf sosial, tahap pendidikan, jenis pendidikan, jawatan dan gelaran si penutur dan si pendengar. Semua unsur ini mempengaruhi cara kita menggunakan bahasa, menyampaikan maklumat, memberi dan membalas pujian, mengkritik, mencerca, menggunakan unsur humor dll. Perkara-perkara ini sentiasa mengiringi bahasa yang dituturkan pada sesuatu masa. Bukan sekadar sekolah sahaja menagnggap perkara ini ringan, bahkan jabatan-jabatan kerajaan, organisasi-organisasi perniagaan juga demikian. Dalam membuat tinjauan sejauh mana unsur ini diberi perhatian, maka kita dapati bahawa dalam dokumen yang membincangkan etika pentadbiran juga tidak memasukkan perkara ini. Malah dalam Tonggak 12 yang dijadikan asas amalan para pentadbir, unsur budaya bahasa yang baik juga tidak disebut.

Kertas ini membincangkan unsur-unsur budaya yang sering menimbulkan kepincangan dalam komunikasi. Perbincangan ini didasarkan kepada beberapa peristiwa yang dirakamkan bagi menunjukkan kesilapan budaya berbahasa dalam bahasa kebangsaan kita. Inilah yang dikatakan kesilapan tatabahasa sosial. Kesilapan ini dianalisis bagi menimbulkan peraturan-peraturan tatabahasa sosial yang diperlukan bagi mengajarkan bahasa Melayu, dan juga melatih para pegawai kerajaan dalam menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan. Dalam kertas ini sembilan jenis kesalahan tatabahasa sosial yang berkaitan dibincangkan, iaitu:

  1. Menggunakan ganti nama yang merendahkan
  2. Menggunakan panggilan mesra sebagai panggilan hormat
  3. Menggunakan panggilan intim sebagai panggilan hormat
  4. Menggunakan gelaran sendaan sebagai panggilan hormat
  5. Menggunakan panggilan hormat hanya dalam bahasa Inggeris
  6. Menggunakan bahasa pasar dalam majlis rasmi
  7. Menyebut nama batang tubuh orang bertaraf tinggi
  8. Menggunakan bahasa kanak-kanak dalam majlis rasmi9. Menyentuh tubuh orang bertaraf tinggi

Menggunakan ganti nama yang merendahkan

Ganti nama adalah perkataan yang penuh dengan unsur budaya. Penggunaan ganti nama yang salah boleh merosakkan komunikasi.

Peristiwa 3

Seorang pensyarah universiti menguruskan pendaftaran bagi menginap di sebuah kelab golf di Port Dickson (Julai 1997). Beliau dilayani oleh seorang penyambut tetamu perempuan kaum India yang baru tamat SPM.

Pensyarah: Encik, minta kunci bilik saya?

Penyambut tetamu: Bilik kamu nombor 311, ini kunci kamu.

Pensyarah: Terima kasih Encik. Tolong tunjukkan jalannya.Penyambut tetamu: Kamu pergi ke kiri. Kemudian kamu

Pensyarah: Kamu boleh panggil kawan kamu, “kamu,” saya bukan kawan kamu.

Penyambut tetamu: Maaf, saya tidak tahu Encik siapa ...

Pensyarah merasa tidak dihormati.

Peristiwa 4

Seorang pelajar Cina bertemu pensyarahnya di luar bilik kuliah.

Pensyarah: Anda mahu berjumpa siapa?

Pelajar: Saya mahu jumpa kamu ...!!!

Pensyarah: Baik... kenapa?

Pelajar: Saya mahu tanda tangan kamu …!!!

Pensyarah tersebut beredar sahaja dengan tidak menjawab.

Analisis

Gadis India dan pelajar Cina ini menggunakan ganti nama kamu kepada orang yang lebih tinggi tarafnya. Ada tiga peraturan tatabahasa sosial yang dilanggar.

1. Penyambut tetamu mesti menghormati pelanggan. Dalam hubungan peniaga dan pelanggan, taraf pelanggan lebih tinggi.

2. Orang yang lebih muda tidak boleh memanggil orang yang lebih tua sebagai kamu.

3. Seorang pensyarah mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada orang lepasan SPM. Oleh sebab itu pensyarah tidak wajar di’kamu’kan oleh seorang penyambut tetamu. Taraf sosial seorang pensyarah lebih tinggi kerana jawatan dan pendidikannya lebih tinggi. Panggilan hormat, iaitu gelaran anugerah atau profesional perlu digunakan, sekiranya tidak tahu gunakanlah encik, cik, tuan, puan atau cik puan.

Menggunakan panggilan sebagai panggilan hormat

Perpindahan ramai tenaga kerja dari kampung juga membawa budaya bahasa kampungan ke bandar. Khususnya budaya bahasa kampungan itu digunakan dalam suasana pejabat dan perniagaan yang sebenarnya memerlukan bahasa hormat.

Peristiwa 5:

Sekumpulan pelanggan, dua orang lelaki dan seorang wanita masuk ke sebuah restoran di Kuala Lumpur, (Disember 1991). Jelas mereka itu ahli profesional. Pelayan datang meminta pesanan.

Pelayan: Encik nak makan apa?

Lelaki Pertama: Nasi beriayani dengan ayam.

Pelayan: Minum?

Lelaki pertama: Jus oren.

Pelayan beredar kepada lelaki kedua dan mendapat pesanan yang sama. Dia terus pergi kepada wanita pula.

Pelayan: Mak Cik nak makan apa?

Wanita: Siapa Mak Cik?

Pelayan: Oh! Kakak!

Wanita: Saya bukan kakak kamu ... Saya bukan Mak Cik kamu. Hormatilah pelanggan cik ...

Pelayan: Bila saya tak hormat! Saya sudah panggil Mak Cik! Nak panggil apa! Kita pun ada budi bahasa ...

Pelanggan meninggalkan restoran. Pelayan mencebik-cebik.

Analisis

Pelayan restoran menggunakan bentuk panggilan keluarga di dalam suasana rasmi, iaitu transaksi perniagaan. Bentuk panggilan mak cik dan kakak menyatakan mesra dalam hubungan kekeluargaan. Di restoran suasananya adalah suasana perniagaan. Hubungan pelayan dengan tetamu adalah hubungan perniagaan, pelanggan mesti dihormati, tidak dimesrai. Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Pelayan menyangka panggilan Kakak dan Mak Cik itu hormat.
  2. Pelayan sering memberi panggilan hormat kepada lelaki, tetapi menggunakan panggilan mesra dengan perempuan.
  3. Pelayan tidak berbudi bahasa apabila melawan dan mencebik-cebik pelanggan. Ternyata dia tidak mengetahui tatabahasa sosial. Orang berbudi bahasa akan meminta maaf.
  4. Pelayan tidak tahu membezakan suasana rasmi dan tidak asmi. Pelanggan tidak mahu dimesrai atau dikeluargai oleh orang yang tidak dikenali. Pelanggan cuma mahu dihormati dalam suasana perniagaan, sama ada perniagaan kecil atau besar.
  5. Bentuk panggilan hormat ialah Encik, Cik, Tuan, Puan dan Cik Puan. Seorang bekas tentera yang berniaga makanan di sebuah medan selera di Manjung, Perak (Jun 1994) mengamalkan sistem panggilan rasmi seperti dalam perkhidmatan tentera. Beliau dan pelayan restorannya memanggil pelanggan Tuan, Puan, Encik, Cik, dan Cik Puan. Restorannya menerima ramai pelanggan setiap masa.

Peristiwa 6

Dalam cuti sekolah pada 27 Mei 1995, sekumpulan guru sampai di Kuala Perlis bagi menaiki feri ke Kuah. Mereka sedang mencari tempat letak kereta.

Penjaga kereta: Abang boleh hantak sana ...

Guru: Encik bercakap dengan siapa?

Penjaga kereta: Dengan abanglah.

Guru: Saya bukan “abang” encik, panggillah saya “encik” sahaja.

Penjaga kereta: Orang kereta lagi besak tak pernah kata apa pun.

Guru-guru itu beredar sebab tidak mahu menggalakkan telatah biadabnya.

Peristiwa 7

Pelayan wanita di gerai Setesen Keretapi Ipoh, 20 Julai 2002, mengambil pesanan makanan daripada sekumpulan pensyarah muda.

Pelayan wanita: Pak Cik nak makan apa?

Pensyarah: Panggillah kami Encik …

Pelayan wanita: Eleh! orang pun ada bahasa … (sambil mencebik)

Memang wujud salah faham seperti ini. Ramai orang luar bandar memikirkan bentuk panggilan keluarga itulah panggilan hormat. Ahli bahasa dan sistem kurikulum sekolah juga tidak memberi perhatian kepada unsur budaya dalam komunikasi. Ini juga tidak diketahui oleh orang awam di bandar juga.

Peristiwa 8

Seorang jurujual Cina di Mun Loong, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Mei 1993) mempelawa pelanggan ke kedai.

Jurujual Cina: Sila Kakak, Mak Cik ...

Jurujual Cina berumur sekitar 50 tahun, dan pelanggan wanita lebih muda.

Peristiwa 9

Seorang India tua yang menjual cendol di hadapan Pos Malaysia di Bandar Melawati, Kuala Lumpur (Ogos 1994).

India tua: Abang mahu apa? (India sekitar 60 tahun).

Pelajar sekolah: Abc … Pelajar masih berseluar biru tua, sekolah rendah, berumur sekitar 9 tahun.

Peristiwa 10

Pemandu pelancong membawa pelancong Malaysia ke Danau Toba (Disember 1996) memanggil para pelancong wanita Pak Cik dan Mak Cik. Apabila ditegur, katanya pelancong Malaysia mengajar mereka memanggil demikian. Ternyata orang Melayu sendiri tidak fasih dalam tatabahasa sosial.

Peristiwa 11

Pemandu pelancong yang membawa pelancong Malaysia ke Tankuban Prahu di Bandung (Ogos 1996) asyik memanggil pelancong Malaysia yang terdiri daripada empat orang Datin dan enam profesor dan duabelas pegawai tinggi sebagai Pak Cik dan Mak Cik. Setelah tidak tahan lagi seorang Sang Datin Profesor lalu berkata Jangan panggil saya “Mak Cik,” geli geleman aku. Sambil menggigil.

Peristiwa 12

Juruwang wanita muda di Maybank, Tanjung Malim memberi resit kepada saya (13 Oktober 2004)

Juruwang wanita (muda): Ini resit Dik.

Saya: terima kasih Cu! (Wanita itu berumur sekitar 30-an, jauh lebih muda daripada saya yang sudah bersara)

Analisis

Tentulah ada orang Malaysia yang mengajar pemandu pelancong Indonesia menggunakan bentuk panggilan Pak Cik dan Mak Cik memikirkan itulah panggilan hormat. Juruwang Maybank juga memikirkan panggilan Adik itu sebagai hormat. Ternyata kita sendiri tidak memahami budaya panggilan hormat bahasa sendiri. Pada hal bentuk panggilan Bapak dan Ibu yang digunakan oleh orang Indonesia itu jelas menunjukkan sistem budaya yang menghormati orang. Sistem itu jelas membezakan antara budaya hormat dan mesra. Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Pelmandu pelancong Indonesia memanggil pelancong Malaysia Pak Cik dan Pak Cik tidak mengetahui perbezaan anatara panggilan hormat dan panggilan mesra. Panggilan mesra kepada orang yang tidak dikenali adalah tidak sopan.
  2. Faktor umur sangat penting. Memanggil orang muda daripada kita sebagai Abang hanya dilakukan dalam konteks saudara-mara sendiri. Orang lain di luar lingkungan keluarga tidak ada hak berbuat begitu. Penjual cendol India dan jurujual Cina bukan sahaja melanggar tatabahasa sosial, bahkan melucukan dan tidak siuman. Memanggil orang tua yang lebih tinggi taraf sebagai Adik adalah perbuatan memperbudakkan orang yang dilawan berakap, bukan tanda hormat.

Menggunakan panggilan intim sebagai panggilan hormat

Di Kuala Lumpur, terdapat ramai gadis bujang yang tinggal sesama mereka. Mereka memasak sendiri, dan membeli bekalan makanan di pasar-pasar malam. Oleh sebab ramai daripada mereka datang dari kampung, maka mereka membawa budaya kampung ke bandar. Salah satu daripadanya ialah, mereka menggunakan panggilan keluarga di kampung. Akibatnya, ada yang ada yang merisaukan.

Peristiwa 13

Sebuah peristiwa penggunaan panggilan intim kepada bukan orang yang intim berlaku di sebuah pasar malam di Keramat. Dalam peristiwa ini seorang gadis kilang baru pulang dari bekerja dan ingin membeli ikan keli (Julai 1994).

Gadis kilang: Berapa sekilo bang?

Peraih Indon: Tak mahal dik, saya boleh kira murah sahaja.

Gadis kilang: Kasi tahulah berapa, senang saya nak beli.

Peraih Indon: Hai Cik adik cepat marah ... janganlah marah dik ...

Gadis kilang: Jangan gatallah ...

Peraih Indon: Tak apa, kan adik ada. Tentu boleh garu ...

Analisis

Peraih Indon memang menggatal. Tetapi bukan dia yang menggatal dulu. Perasaan itu berpunca daripada bentuk panggilan gadis itu. Gadis itu yang memulakannya. Gadis tersebut melanggar peraturan sosio udaya bahasa Melayu. Apabila dia menggunakan bentuk panggilan abang, dia menimbulkan suasana intim kepada orang bukan intim. Peraih Indon merasa dikasihi dan bukan dihormati. Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Di kampung gadis itu memanggil lelaki yang bukan keluarga atau tidak dikenali sebagi abang.
  2. Panggilan abang juga digunakan untuk suami, tunang atau kekasih.Itulah sebabnya peraih Indon itu merasa dia dikasihi seperti seorang kekasih, bukan dihormati.Panggilan yang sesuai bagi peraih ikan ialah Encik. Hormatilah peraih Indon itu, bukan dimesrai dan dikasihi. Peraih Indon itu juga mesti memanggil gadis itu Cik, Cik Puan atau Encik.

Peristiwa 14

Wanita pelayan di sebuah Gerai di Kampung Baru (Julai 2000) sedang mengambil pesanan daripada empat pemuda yang duduk semeja.

Pelayan wanita: Abang dah order?

Pelanggan: Belum. Kami nak order sekarang.

Pelayan wanita: Okay, abang nak makan apa?

Semua pemuda tersebut memandang-mandang antara satu sama lain sambil senyum-senyum apabila dimesrai sebagai kekasih. Suami pelayan yang sedang memasak menjeling-jeling curiga. Sebarang kecurigaan seperti itu tidak akan berlaku sekiranya pelayan memanggil semua orang Encik atau Tuan. Para pelajar lelaki UPSI yang sering makan di restoran Pattani juga menikmati layanan yang sama. Gadis-gadis Pattani yang melayan mereka memang mengetahui aspek ini. Mereka menggunakannya bagi menarik dan memanipulasi pelanggan supaya suka datang ke restoran mereka.

Menggunakan gelaran sendaan sebagi gelaran hormat

Pelanggan di kedai makan, di stesen petrol, sering dipanggil bos. Orang bukan Melayu juga sering menggunakan gelaran ini.

Peristiwa 15

Pelayan stesen: Berapa bos?

Pelanggan: Panggil saya encik saja!

Pelayan stesen: Bos serupa saja!

Analisis

Ada semacam pengetahuan pada pihak pelayan bahawa panggilan bos itu tidak kena, tetapi masih suka meneruskan amalan begitu. Ada juga kepercayan semacam memanggil orang dengan panggilan Encik, Tuan, Cik, Cik Puan dan Puan itu keterlaluan. Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Pelayan stesen petrol merendahkan taraf orang kepada taraf mereka.
  2. Panggilan bos adalah menghinakan dan mempersenda pelanggan. Bos adalah panggilan merendahkan orang yang dilawan bercakap. Gelaran ini asalnya dipopularkan dalam filem P. Ramli. Ada dua orang yang digelar bos. Pertama, Ibrahim Pendek memanggil ketua penyamun bos. Atau samseng memanggil kepala samseng Salleh Kamil bos. Kedua, P. Ramli memanggil Hj. Bakhil bos. Kedua-duanya adalah panggilan mempersenda darjat orang yang dilawan bercakap. Pelanggan perlu dihormati bukan dipersenda.

Menggunakan panggilan hormat hanya dalam bahasa Inggeris

Adalah tidak benar pekerja, pelayan, pemandu teksi kita tidak mengetahui bahasa hormat. Mereka pandai menggunakan bahasa hormat dalam bahasa Inggeris. Tetapi ada semacam keengganan menggunakan bahasa hormat dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan budi bahasa yang sudah luntur.

Peristiwa 16

Seorang pemandu teksi menyampbut sepasang pelancong asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz, Subang (Ogos 1998). Dalam bahasa Inggerisnya yang patah-patah dia berkomunikasi dengan agak berkesan.

Pemndu teksi: Kam polo mi, Sir, Mem polo mi ... Yu go where?

Pelancong: Hotel Hilton International. Can you take us there?

Pemandu Teksi: Yes Sir ... Yes Mem. Very gud Sir!

Pelancong: Thank you ...

Peristiwa 17

Peristiwa ini berlaku dalam penerbangan MH 703 - Manila ke Kuala Lumpur, pada 10 April 1996.

Pramugara: Pak Cik nak makan ayam atau daging?

Penumpang: Ayam.

Kemudian dia bertanya pula kepada orang berkulit putih di belakang.

Peramugara: What is your choice Sir? Chicken or beef?

Penumpang: Oh, yes, beef please.

Peristiwa 18

Orang Meayu berpendidikan tinggi mengekalkan budaya hormat walaupun apabila bertutur dalam bahasa Inggeris. Berikut ialah senarai soalan yang disediakan oleh seorang wartawan New Straits Times, Puan Rose Ismail, semasa menemuduga seorang profesor. Perhatikan beliau tidak pun menggunakan you dalam temuduga tersebut.

  1. What are the translation needs of Malaysia? What sort of books should be considered for translation? What are the criteria?
  2. What is the status of current translation efforts? Has there been any progress at all? If not, why?
  3. Does Prof. think the Malaysian Institute of Translation is not moving fast enough towards producing more translated works? What is it not doing right? (These two questions may be sensitive but perhaps Prof. could remain anonymous for this.)

Sebanyak lapan soalan ditanyakan, ganti nama you tidak pernah digunakan.

Analisis

Pemandu teksi ini sangat hormat kepada pelancong asing dan isterinya. Dia tidak pula memanggilnya Brother (Abang) atau Little Uncle (Pak Cik). Pandai dia memanggil Sir yang bermaksud Tuan dan Mem yang bermaksud Puan. Tetapi anehnya, orang yang sama akan memanggil orang Melayu Abang, Pak Cik, Kakak, Mak Cik, dll. Orang Melayu memang memahami adanya budaya hormat, tetapi tidak mengamalkannya kepada bangsa sendiri. Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Tidak menggunakan bentuk hormat kepada orang Melayu, asyik hendak bermesra dengan menggunakan panggilan keluarga.
  2. Amalan ini sekali gus merendahkan taraf pelanggan Melayu. Panggilan Sir itu betul. Pramugara mesti menghormati penumpang, dan tidak memanggilnya seperti ahli keluarga. Oleh sebab itu dia memanggil penumpang Sir dan tidak menggunakan bentuk panggilan keluarga Brother, Uncle atau Auntie. Penumpang yang dipanggil Pak Cik itu sebenarnya adalah Almarhum Prof. Ali Hasjmi, bekas Gabenor Acheh. Beliau adalah seorang ulama besar. Beliau lebih daripada layak dipanggil Tuan atau Bapak. Penumpang orang putih itu yang dipanggil Sir tadi ialah seorang pengangkut sampah dari Chicago. Mungkin pramugara itu tersalah andaian, bahawa memanggil Tuan adalah keterlaluan. Malah ada suatu notis di Pejabat Daerah Bentung yang berbunyi Hormat itu bukan Ampu. Ini menunjukkan betul wujud budaya enggan menghormati orang dengan panggilan Tuan dan Puan, malah sering dianggap perbutan itu sebagai perbuatan mengampu.

Menggunakan bahasa rendah dalam majlis rasmi

Seorang artis wanita mencuba menarik minat penonton supaya menikmati rancangannya. Walau bagaimanapun, artis yang juga menjadi pengacara majlis di televisyen itu tidak mengiktiraf taraf formal sesuatu majlis yang ditayangkan di televisyen itu.

Peristiwa 19

Pengacara rancangan kelab remaja di televisyen: Masa cuti lalu ai ... berserta kru televisyen ... wiol buat syuting di ... Harap yuol akan menonton apa yang wiol sediakan untuk yuol ...

Peristiwa 20

Seorang artis wanita mengiklankan segmen muziknya untuk penonton: Ai sudah rakamkan empat buah album untuk yuol. Yuol mesti dengar lagu-lagu ai. Ai akan pilih lagu-lagu yang menarik spesiali untuk yu ... Penerbit ai dan member kru telivisyen ... deiol telah menyediakan rancangan spesyel untuk yuol. Wiol telah bekerja keras untuk yuol.

Peristiwa 21

Pengguna bahasa pasar mudah menyamatarafkan semua orang dengan tarafnya sendiri (Kampung Baru, Ogos 1997)

Pelayan perempuan: Yu nak makan apa? Yu seleklah makan dari meja tu, yu ambiklah apa yu nak. Kemudian yu bawak kat ai, ai kira bagi kat yu.

Pelanggan: Cik puan, panggillah pelanggan ‘cik’ ... ‘encik’ dan ‘puan.’ Itu panggilan hormat.

Pelayan: Yu tak suka tak pa ... wiol tak pernah dengar orang komplen pun ....

Analisis

Bahasa pasar ialah bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu: ai, yu, wiol, yuol, deiol, gua, lu, gua semua, lu semua, dia orang, semua orang, lu orang, kita orang, aya, ane, bai, dll. Bahasa pasar adalah bahasa orang tidak terpelajar. Atau, digunakan oleh orang terpelajar kepada orang tidak terpelajar. Ini bukan bahasa rapi dan bahasa rasmi. Ini bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, di perhentian bas, dll. Dalam rancangan rasmi melalui televisyen ke seluruh negara, bahasa pasar tidak wajar digunakan. Menggunakan bahasa pasar ini sangat merendahkan taraf orang yang dilawan bercakap.Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Budaya Melayu memerlukan bahasa yang rapi digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa pasar ini tidak ada tempat dalam majlis rasmi.
  2. Menggunakan ganti nama bahasa pasar kepada orang datang daripada budaya rendah. Budaya tinggi menuntut bahasa yang rapi.
  3. Dengan mengeyu-yukan penonton, pengacara menurunkan semua orang ke taraf mat dan minah rock sahaja.
  4. Televisyen adalah saluran rasmi. Bahasa pasar dan bahasa campur-aduk tidak ada tempat dalam saluran rasmi.
  5. Tidak menggunakan neka bahasa baku. Dalam suasana rasmi, perkataan dan sebutan pun mesti rasmi, iaitu bahasa baku.
  6. Bahasa pasar tidak ada kehalusannya, peri laku penutur bahasa pasar juga akan menjadi kasar dan sumbang. Apabila kita menggunakan bahasa berbudaya tinggi, kita tidak tergamak berkelakuan kasar dengan pelanggan. Apabila pelayan menggunakan ganti nama yu kepada pelanggan, pelanggan merasa tidak dihormati. Malah dia merasakan dia disamakan dengan pelayan remaja yang menyebut dirinya ai. Pada pihak pelayan pula, apabila dia menggunakan kata ganti nama yu kepada semua pelanggan, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu dia telah berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting. Tanpa pelanggan perniagaan kita tidak ada. Oleh sebab itu pelanggan adalah bertaraf lebih tinggi daripada pelayan. Kita tidak boleh merendahkan mereka dengan mengeyu-yukan mereka. Elakkan perbalahan dengan pelanggan. Ini akan dapat kita buat dengan memanggil mereka Encik, Tuan, Puan, Cik dan Cik Puan. Gugurkan sama sekali ganti nama yu dan ai. Apabila kita mahu menggunkan bahasa tinggi buanglah ganti nama pinjanan. Gunakan ganti nama hormat, iaitu: tuan, puan, encik, cik, para penonton, para pendengar, para peminat, barulah perilaku penutur juga turut berubah.

Menyebut nama batang tubuh orang bertaraf tinggi

Kita dibiasakan dari kecil tidak menyebut nama ibu bapa kita apabila memanggil mereka. Ini adalah kerana menyebut nama batang tubuh orang yang kita hormati itu adalah tidak sopan.

Persitiwa 22

KUALA LUMPUR 26 Sept. (2003). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUM) supaya menyediakan satu rangka tindakan bagi mempromosikan produk francais Malaysia yang bertaraf dunia ke pasaran global. ......Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2003 anjuran MFA di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Abdullah berkata, Malaysia juga boleh ditempatkan sebagai pusat serantau bagi francais global di Asia Tenggara. Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan Anugerah Super Brand kepada enam syarikat francais iaitu Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd., Memory Lane (M) Sdn. Bhd., Kyros Kebab (Gettmore Group), McDonald's, Edaran Otomobil Nasional dan 1901.

Peristiwa 23

Kerani: Selamat pagi Datuk Low

Datuk Low: Selamat pagi

Analisis

Merujuk kepada Perdana Menteri dengan namanya sahaja adalah tidak hormat. Dato’ Seri Rfidah Aziz pernah menegur orang suaya tidak memanggil Perdana Menteri sebagai Pak Lah. Betul kata Dato’ Seri itu. Beliau peka terhadap unsur budaya kita. Malangnya, orang yang tidak peka pula mengatakan tidak mengapa. Nama adalah sebahagian daripada batang tubuh kita. Apa-apa pada batang tubuh kita tidak boleh disentuh.Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Menyebut nama batang tubuh orang yang dihormati adalah biadab.
  2. Amalan wartawan Barat bertentangan dengan budaya kita dan tidak perlu diikuti bulat-bulat. Kita boleh membuat definisi sendiri dalam amalan kewartawanan kita. Inilah contoh apa yang Barat itu tidak semestinya diterima sahaja. Kita boleh menggunakan ganti nama hormat beliau apabila merujuk kepada beliau lagi. Tidak perlu biadab. Kerani juga tidak boleh menyebut nama Dato’ Low, cuma sebut Selamat Pagi Dato’ sahaja.

Menggunakan bahasa kanak-kanak dalam majlis rasmi

Ramai penutur yang tidak memahami peraturan tentang penggunaan bahasa kanak-kanak atau manja. Menggunakan nama sendiri menggantikan saya adalah adalah bahasa kanak-kanak. Bahasa kanak-kanak hanya patut digunakan oleh kanak-kanak kecil dalam lingkungan keluarganya sahaja. Apabila orang perempuan dewasa masih menggunakan bahasa kanak-kanak, ia dianggap tidak matang, tidak tahu menghormati majlis atau orang. Apabila orang lelaki dewasa pula menggunakan bahasa kanak-kanak, maka lakuan bahasa begini amatlah tidak sesuai. Ini adalah tidak sopan digunakan di hadapan khalayak ramai atau dalam urusan rasmi.

Peristiwa 24

Artis menjawab soalan wartawan.

Wartawan: Apa kegemaran Lucy ...

Artis: Lucy … suka ...

Peristiwa 25

Pengangkat berat: Alek memang jaga makan dan tidur …

Peristiwa 26

Pensyarah UPSI berseminar di Beijing pada 8-15 Oktober 2002, dan seorang pemandu pelancongnya menyebabkan ramai orang gelisah.

Pemandu pelancong: Anuar akan terangkan perjalanan kita hari ini …Apabila diterangkan bahawa hanya lelaki lembut yang menggunakan nama sendiri bagi menggantikan saya, … dia masih begitu. Ada orang Malaysia sendiri yang memberi ajaran yang sesat begini.

Analisis

Orang dewasa tidak patut menggunakan nama sendiri dalam percakapan dengan orang lain, lebih-lebih lagi dalam suasana rasmi. Suasana rasmi tidak membolehkan kita menggunakan bahasa manja atau bahasa kanak-kanak. Bahasa kanak-kanak hanya diguanakan dengan ahli keluarga yang lebih tua, seperti abang, kakak, ibu, bapa, datuk atau nenek. Menggunakan bahasa kanak-kanak terhadap orang lain adalah ‘mengada-ngada.”Tatabahasa sosial yang dilanggar adalah:

  1. Mengada-ngada dalam majlis rasmi.
  2. Merendahkan taraf orang yang dilawan bercakap.
  3. Bermanja dengan orang yang tidak patut dibuat demikian.

Menyentuh tubuh orang bertaraf tinggi

Dalam apa bahasa sekalipun, fungsi sentuhan adalah berkaitan. Ada kalanya fungsi menyentuh ini sama sekali bertentangan antara satu budaya dengan yang lain. Dalam bahasa Melayu menyentuh orang yang dilawan bercakap boleh jadi tidak sopan dan sama sekali dilarang.

Peristiwa 27

Pelajar: Sori Prof. saya tidak dapat menghantar esei semalam (Tangan pelajar menyentuh lengan profesor!)

Profesor: Simpan tangan kamu, tidak perlu menyentuh saya.

Pelajar: Oh!

Analisis

Dalam budaya orang Melayu, menyentuh orang bukanlah lakuan yang lazim. Hanya dalam keadaan tertentu seperti kematian, sakit, kemalangan, barulah ada pihak yang memegang tangan atau bahu orang yang dilawan bercakap. Itupun, kita hanya menyentuh lengan dan bahu. Kepala tidak boleh disentuh sama sekali. Orang muda atau orang bertaraf rendah tidak menyentuh orang bertaraf tinggi. Kita juga tidak menyentuh orang berlainan jantina. Tidak juga ahli keluarga sendiri. Kempen kasih sayang di televisyen menunjukkan pemimpin Melayu mencium isteri di depan khalayak menyebabkan orang Melayu yang memegang nilai tradisional merasa gelisah.Tatabahasa sosial yang dilanggar adlah:

  1. Orang bertaraf tinggi boleh menyentuh yang bertaraf rendah.
  2. Pelajar adalah tidak sopan menyentuh profesor.
  3. Menyentuh kepala tidak dibenarkan.Kepala adalah bahagian tubuh yang paling dihormati. Lelaki bersalaman dengan perempuan melibatkan menyentuh bukan muhrim, ini menyalahi hukum agama.

Bukan sekadar tatabahasa, ada tatabahasa sosial Dalam menggunakan bahasa, ada dua aspek penting. Pertama adalah peraturan-peraturan seperti sebutan, ejaan, tatabahasa, kosa kata, tanda baca dll. Aspek ini dipanggil mekanika bahasa. Kedua adalah perkara seperti pilihan ganti nama, sistem panggilan, bentuk hormat, bentuk bahasa, sentuhan, taraf sosial, taraf pendidikan, usia dll. adalah juga penting. Malah lebih penting. Aspek ini dipanggil dinamika bahasa. Ada peraturan-peraturan yang menuntut kita menggunakan sopan dan santun bahasa. Inilah yang dipanggil tatabahasa sosial.

Tatabahasa sosial belum mendapat tempat sewajarnya dalam kursus bahasa Melayu baik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Orang-orang yang tidak bersekolah mahir menggunakan bahasa tanpa belajar mekanika bahasa. Mereka pandai menggunakan bahasa hormat apabila bercakap denagn pegawai-pegawai tinggi di pejabat-pejabat kerajaan. Orang-orang yang belajar mekanika bahasa sahaja, akan mengalami masalah apabila tidak diajar hal-hal dinamika bahasa yang menyangkut kesantunan berbahasa.

Dari suasana tidak rasmi ke suasana rasmi

Kita sudah meluaskan penggunaan bahasa Melayu ke bidang luar daripada lingkungan keluarga. Kita sudah keluar daripada lingkungan kampung di mana setiap orang ada kaitan keluarga. Ini perlu difahami supaya hubungan di antara ahli keluarga tidak disamakan dengan hubungan di luar ahli keluarga. Kita perlu menggunakan bentuk panggilan hormat menurut taraf orang yang dilawan bercakap, bukan menurut rasa orang yang bercakap. Kita menghormati pelanggan dengan menggunakan bentuk panggilan hormat. Bentuk panggilan keluarga digunakan bagi menunjukkan mesra. Dalam hubungan rasmi, iaitu di luar hubungan keluarga, tujuan kita berkomunikasi bukan bagi menunjukkan mesra, tetapi hormat.

Apabila kita memanggil orang, kita menggunakan kata panggilan tertentu. Kata panggilan terdiri daripada kata-kata gelaran seperti tuan, puan, encik dll, dan juga kata ganti nama seperti kamu, engkau, awak dll. Z'aba menggunakan istilah pemadan taraf. Kita memadankan panggilan kita dengan taraf sosial seseorang dalam masyarakat.Bagaimanakah kita menghiktiraf taraf mereka? Cara kita mengiktiraf taraf mereka ialah dengan memanggil mereka dengan menggunakan bentuk panggilan hormat. Apabila berurusan dengan pelanggan, tidak kira pelanggan yang datang ke gerai di tepi jalan atau syarikat multinasional, bentuk panggilan hormat yang perlu digunakan serupa sahaja. Yang datang itu pelanggan. Pelanggan mesti dihormati.

Panggilan dan ganti nama tidak rasmi

Suasana tidak rasmi seperti dalam keluarga atau kenalan biasa dapat dilihat dalam contoh berikut. Katakanlah, Bidin bercakap kepada Mamat, Bidin akan memanggil Mamat berdasarkan perbezaan umur antara keduanya. Kalau Mamat lebih tua, Bidin akan memanggil Mamat dengan kata panggilan Abang. Jikalau Mamat jauh lebih tua, Bidin akan menggunakan kata panggilan Pak Cik. Jikalau Mamat lebih tua lagi, Bidin akan menggunakan kata panggilan Datuk atau Tuk. Jikalau Bidin dan Mamat sebaya, Bidin akan memanggil Mamat awak, atau engkau. Kalau Mamat jauh lebih muda daripada Bidin, Bidin akan memanggilnya dengan nama peribadi iaitu Mamat. Begitu juga sebaliknya. Kata panggilan mesra seperti ini boleh digunakan apabila kita bercakap dengan orang yang ada perhubungan mesra dengan kita. Sebagai contoh, Bidin dan Mamat kenal baik antara satu dengan lain. Mereka mungkin orang sekampung, berjiran, satu taraf dalam masyarakat, menjadi anggota kumpulan yang sama dan seumpama itu. Ertinya mereka sangat kenal satu dengan lain. Dalam keadaan begitu kata panggilan ragam mesra dianggap sopan, dan diterima sebagai budi bahasa yang halus.

Kata panggilan mesra tidak boleh digunakan kepada orang yang tidak mempunyai hubungan keluarga atau kenal biasa dengan kita. Sebagai contoh, jikalau Bidin seorang kerani pejabat, dan Mamat ialah ketuanya, Bidin tidak boleh memanggil Mamat menggunakan kata panggilan mesra. Perbuatan itu menjadi perbuatan yang tidak sopan, kerana perhubungan antara Bidin dan Mamat adalah perhubungan sekerja, bukan perhubungan mesra.Hubungan sekerja adalah hubungan rasmi, oleh itu Bidin hendaklah menggunakan panggilan rasmi apabila bercakap dengan Mamat. Panggilan rasmi ialah seperti Tan Seri, Datuk, Tuan, Tuan Haji, Puan, Puan Hajah, Encik, Saudara dan Saudari.Kakitangan pejabat-pejabat kerajaan sering tidak menggunakan kata panggilan yang betul apabila berhubungan dengan orang ramai. Mereka menggunakan kata panggilan mesra sedangkan antara mereka dan orang ramai yang datang ke pejabat kerajaan hanya ada hubungan rasmi semata-mata. Di pejabat, para pelajar dan petugas lain hanya boleh memanggil petugas perempuan sebagai Puan Rohana, Cik Shakira, Encik Nazrul, dll. Memanggil mereka dengan panggilan keluarga adalah melanggar peraturan tatabahasa sosial kesantunan bahasa Melayu.Kesalahan menggunakan kata panggilan mesra dalam urusan rasmi adalah kesalahan yang serius. Perbuatan itu adalah biadab. Di dalam hubungan rasmi, seseorang tidak boleh dipanggil berdasarkan umur atau hubungan keluarga. Hubungan rasmi ditentukan oleh taraf seseorang, bukan umur seseorang.

Panduan panggilan hormat untuk urusan rasmi

Ada enam panduan bagi menggunakan panggilan rasmi dalam bahasa Melayu.

  1. Sekiranya diketahui orang itu mempunyai gelaran anugerah (Tun, Toh Puan, Datuk, Datin, Datuk Seri, Datuk, Datin, Yang Berhormat, dll.); nama profesion (Doktor, Ustazah, Cikgu, dll.); nama pangkat (Inspektor, Kolonel, dll.), gelaran tradisional (Tuk Empat, Tuk Lurah, dll.), anugerah kecemerlangan (Sasterawan Negara, Ibu Mithali, dll.) gunakan nama gelaran tersebut sebelum nama batang tubuh. Apabila ada lebih daripada satu, gunakanlah gelaran yang tertinggi sahaja. Amalan menyenaraikan lebih daripada satu boleh diterima, tetapi menjadi aneh apabila nama seseorang menjadi berjela-jela.
  2. Tuan, untuk semua lelaki, terutama yang dikenali sebagai tokoh penting dalam masyarakat. Jikalau dia sudah menunaikan haji, gunakan Tuan Haji.
  3. Puan, untuk semua wanita, lebih-lebih lagi sekiranya diketahui dia sudah berkahwin. Jikalau dia sudah menunaikan haji, gunakan Puan Hajah. Perhatian perlu diberi kepada gelaran Tuanku, Tuan Puteri, Tuan Pengerusi, Tuan Rumah, dll.
  4. Encik, atau Cik boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan, sama ada sudah berkahwin atau belum. Ada amalan menggunakan Puan untuk perempuan berkahwin seperti dalam budaya Inggeris. Sekiranya tidak pasti gunakan Cik Puan.
  5. Saudara dan Saudari, untuk pemuda dan pemudi antara 16 tahun hingga 25 tahun. Boleh juga digunakan kepada orang-orang yang dapat dianggap sebagai setaraf atau lebih rendah daripada yang bercakap. Umpamanya, seorang pemimpin boleh memanggil semua orang Saudara. Encik, atau Cik boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan, sama ada sudah berkahwin atau belum.

Panduan panggilan tidak rasmi

Panduan berikut akan dapat membantu kita menggunakan sistem panggilan dalam bahasa Melayu bagi konteks tidak rasmi.

  1. Gunakanlah panggilan Pak Cik, Mak Cik, Abang dan Kakak kepada orang-orang yang kita kenali dengan mesra sahaja. Apabila diguankan di tempat yang rasmi, panggilan-panggilan ini menjadi panggilan biadab.
  2. Panduan panggilan dalam perniagaan mesti rasmi. Dalam perniagaan, semua urusan adalah rasmi. Bentuk sapaan rasmi sahaja yang digunakan. Untuk lelaki gunakanlah: Tuan dan Encik. Untuk perempuan gunakanlah Puan, Cik Puan, Encik atau Cik sahaja. Panggilan keluarga seperti pakcik, makcik, abang, kakak, dan adik tidak terlibat kerana ini bukan lingkungan keluarga.
  3. Sekiranya pelanggan mempunyai gelaran seperti Tun, Toh Puan (Sebutannya Tuk Puan), Datuk, Datin, Datuk Seri, Datuk, Datin Yang Berhormat, Doktor, Ustaz, gunakanlah nama gelaran atau nama profesion itu.
  4. Amalan dalam bahasa Jepun menggunakan satu fatwa mudah dan sopan. Ini boleh kita tiru. Apabila orang pertama (saya, aku, kita, kami) bercakap dengan orang kedua (awak, kamu, kalian) bentuk panggilan mulia atau lebih tinggi digunakan (Panggilah Tuan dan Puan). Apabila orang pertama dan kedua bercakap mengenai orang ketiga (dia, beliau, mereka), maka orang ketiga itu lebih dimuliakan (Panggilah beliau).
  5. Elakkan menggunakan ganti nama ‘anda’ dan ‘kalian’ terhadap orang yang lebih mulia. Anda dan kalian menurunkan taraf khalayak pendengar kepada taraf kita. Adalah biadab menurunkan taraf orang mendengar kepada taraf kita. Kita mesti sentiasa meletakkan orang satu tahap di atas tahap kita.Perkara yang perlu sangat dijadikan peraturan ialah, apabila panggilan tidak rasmi digunakan di tempat yang rasmi, maka panggilan-panggilan ini menjadi panggilan biadab.

Menggunakan panggilan dan gelaran hormat

Orang bertaraf tinggi, kita sapa dengan bentuk panggilan rasmi, atau dengan gelaran Dato’, Tan Sri, Dr, Ir, dll. sekiranya bergelar. Orang yang kita belum kenal biasa hendaklah dipanggil dengan panggilan rasmi. Panggilan rasmi menunjukkan hubungan rasmi, bukan hubungan keluarga atau mesra. Ahli keluarga dan orang yang kita kenal biasa sahaja yang kita panggil dengan penggilan mesra. Itupun dalam suasana keluarga. Suami isteri yang menjalankan tugas di pejabat masih perlu menggunakan panggilan hormat bagi menunjukkan hubungan rasmi, bukan menunjukkan hubungan mesra. Ada dua faktor yang menentukan bagaimana kita menggunakan bentuk panggilan dalam bahasa Melayu: pertama ialah suasana, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Kedua taraf orang yang dilawan bercakap.

Susunan menggunakan gelaran

Ada tiga jenis gelaran, ini dapat dilihat dalam jadual berikut, iaitu gelaran profesional, anugerah, dan warisan.

  1. Profesional: Profesor, Dr. Ir. Ar. an)
  2. Anugerah: Tun, Tuk Puan, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin,
  3. Warisan: Raja, Tengku, Ungku, Syed, Nik, Wan, dll.

Gelaran tersebut hendaklah disusun menurut tarafnya. Bentuk panggilan digunakan di depan, diikuti dengan gelaran anugerah, gelaran profesional, dan gelaran warisan. Gelaran warisan mestilah dirapakan dengan nama batang tubuh orang berkenaan. Ada amalan meletakkan anugerah menurut tarikh anugerah diberi seperti profesor diletakkan di depan sekali. Yang terbaik, ikutlah kaedah berikut.

Panggilan + Nama Anugerah + Nama Profesional + Nama Warisan + Nama Penuh:

  1. Y.A. Bhg. + Tun + Dr.+ Raja + Ahmad Adam
  2. Y.B. + Dato’ Seri + Dr. + Rais Yatim
  3. Y. Bhg. + Dato’ Brig. Jen. (B) + Syed Husin

Gelaran jawatan agama

Orang yang memegang jawatan agama juga perlu diberi perhatian. Jawatan mereka adalah:

mufti, kadi, mudir, imam, bilal, siak, guru, guru, lebai, dan mudim.

Semuanya bergelar Tuan.

Susunan jawatan

Dalam konteks masyarakat Malaysia, kita mungkin berhadaan dengan keadaan yang boleh merumitkan. Lihat jadual di bawah

  1. Jawatan Kerajaan: YDP Negeri, Gabenor, Ketua Menteri, KSU, Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu, Pegawai Daerah, Pengarah Pelajaran, dll.
  2. Jawatan Tradisional: Tuk Empat, Tuk Penggawa, Tuk Lurah, Tuk Bomoh, Tuk Mudim, Tuk Batin, Tuk Bidan, dll.
  3. Jawatan Swasta: Presiden, Ketua Ekzekutif, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi Eksekutif, Pengarah Urusan, dll.
  4. Jawatan Pertubuhan: Presiden, Yang Dipertua, Setiausaha Agung, Setiausaha Kehormat, dll.

Anugerah kecemerlangan

Begitu juga dengan anugerah cemerlang. Anugerah cemerlang diberi kepada individu yang memberi khidamt cemerlang kepada negara dan masyarakat. Mereka perlu dihormati dengan sapaan dan gelaran yang sewajarnya.

Anugerah kecemerlangan Anugerah Nama

  1. Sasterawan Negara + Dato’ Kamaluddin Mohammad
  2. Biduan Negara, Seniman Negara, Olahragawan Negara,Tokoh Maal Hijrah,Guru, dll.

Peraturan Bahasa

Kemahiran kita menggunakan kata ganti nama, sistem panggilan, sistem gelaran yang betul memang dapat menimbulkan iklim komunikasi yang positif. Namun demikian, dalam peraturan menggunakan bahasa, kita sentiasa dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi kita dengan memberi perhatian kepada aspek-aspek tertentu dalam bahasa komunikasi.

Ayat lengkap dari segi tatabahasa

Menggunakan bahasa Melayu dengan mempastikan setiap ayat lengkap, rapi dan terkawal adalah penting bagi meningkatkan karisma penutur. Penggunaan ayat yang lengkap dari segi subjek dan predikat, penggunaan imbuhan, sendi dan sebagainya akan memperlancar komunikasi.

Sebutan baku

Apabila bercakap, sebutan bahasa yang baik akan menunjukkan kita lebih menghormati. Sebarang penggunaan sebutan yang tidak baku, atau penggunaan sebutan dialek menurunkan nilai komunikasi.

Bahasa basahan

Bahasa basahan harian adalah untuk menjalankan aktiviti masyarakat sehari-harian. Bahasa begitu tidak sesuai digunakan dalam urusan rasmi. Oleh itu amat perlu kita melatih diri supaya berdisiplin dalam menggunakan bahasa. Hanya bahasa yang terkawal rapi dapat menyampaikan maksud tinggi.

Bahasa korporat

Bahasa juga sering diklasifikasikan menurut jantina. Ada bahasa lelaki dan ada bahasa perempuan. Ada lelaki menggunakan bahasa perempuan, dan ada perempuan menggunakan bahasa lelaki. Chef yang mempunyai rancangan memperkenalkan resipi di televisyen ternyata menggunakan bahasa perempuan. Penyampai berita wanita di televisyen juga sering menguasai bahasa lelaki. Tetapi yang pentingnya ialah bahasa yang digunakan itu memberi kesan kepada kedudukan dan fungsi sesorang di dalam sesebuah korporat. Yang penting ialah ahli korporat perlu memahami bahasa dan budaya korporat. Stail dan kualiti komunikasi tidak hanya bergantung hanya kepada penghantar dan penerima. Mereka perlu menggunakan bahasa lelaki dalam korporat. Bahasa yang digunakan oleh seorang chef di televisyen tentu sekali tidak sesuai untuk sebuah korporat. Namun, sebuah korporat kecil memerlukan gaya komunikasi yang berlainan berbanding dengan sebuah korporat yang besar dan dikawal ketat, dan bertatatingkat. Dalam semua hal, perlulah dipilih gaya komunikasi yang sesuai. Pada kesimpulannya, Tannen, D. (1990) mengatakan, dalam budaya korporat Amerika, bahasa lelaki lebih sesuai untuk korporat. Apabila kita menggunakan bahasa rendah dalam pekerjaan maka kesannya tidak positif. Bahasa mesra dan hormat tidaklah sama.

Penyelidikan rapi bagi menentukan ciri-ciri mesra dan rasmi perlu dilakukan. Menggunakan bahasa yang betul dalam pekerjaan terpulang kepada pejabat, firma dan majikan. Pekerja perlu dilatih. Bagaimana kita menggunakan bahasa tatkala mengggunakan telefon, menjadi pengacara majlis, berkooperasi bekerjasama, bermesyuarat dll. Kempen seperti yang dilakukan sekarang akan memebri kesedran. Itu fungsi kempen. Kemahiran akan hanya terbina apabila diberi latihan. Oleh sebab itu latihan mesti dijalankan.

Bahasa, wibawa dan karisma

Apabila kita mendengar seseorang bercakap, kita akan membuat kesimpulan terhadap orang yang bercakap dan apa yang dikatakannya. Dengan sendirinya kita akan merasakan orang itu boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai.

Implikasi dalam pengajaran

Ada di sentuh di atas tadi bahawa kempen budi bahasa yang dijalankan sekarang adalah berguna. Namun, kempen ada kekurangannya. Kempen adalah sekadar menimbulkan kesedaran. Kempen tidak akan menimbulkan kemahiran. Setelah berkempen, walau bagaimana berhasil sekalipun, kempen akan kekal sebagai kempen. Yang akan menjadi kemahiran ialah latihan. Kita berlatih bagi mendapat kemahiran. Oleh sebab itu, tatabahasa sosial dalam bahasa kita perlu dilatihkan. Boleh dilatihkan di sekolah, di smaktab dan universiti dan di tempat kerja. Rancangan latihan ini boleh mengambil kira judul-judul berikut.

  1. Asas Kesantunan Bahasa
  2. Suasana Penggunaan Kesantunan Bahasaa. Suasana dan urusan rasmib. Suasana dan urusan tidak rasmi
  3. Sistem Sapaana: (a) Bentuk Panggilan: ganti nama, gelaran dan Jawatan (b) Ganti Nama Diri: orang pertama, kedua dan ketiga (c) Gelaran: warisan, profesion dan anugerah (d) ama Jawatan: tradisional, kerajaan, swasta dan pertubuhan
  4. Kosa Kata dan Ungkapan: (a) Pemilihan Kata: matlamat, pemeran, latar dll. (b) Pemilihan rangkai kata
  5. Gaya Ungkapan (a) Pembuka Wacana (b) Neka Suasana (c) Pilihan Bahasa: beradat, lengkap, hadith, dll. Jadual ini dapat diperbaiki bagi keperluan mana-mana institusi dan kelompok pengguna.

Kesimpulan

Beberapa kesimpulan dapat dibuat daripada analisis terhadap peristiwa di atas.

  1. Pertama, ternyata meluasnya masalah penutur bahasa Melayu tidak menguasai tatabahasa sosial. Dengan adanya kempen budi bahasa sekarang, isu ini sudah mendapat perhatian. Cuma penanganannya bagaimana?
  2. Kedua, usaha memasukkan unsur budaya dalam pengajaran bahasa Melayu dapat memperbaiki keadaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang akan mula digunakan pada tahun 2003 adalah sukatan pelajaran yang memberi perhatian lebih kepada komunikasi berbanding dengan unsur tatabahasa. Sukatan ini sudah dilaksanakan mulai tahun 2003. Tetapi dapat dilihat bahawa isinya mengandungi aspek komunikasi, dan sekali gus unsur budaya Melayu. Inilah peraturan tatabahasa sosial yang dimaksudkan. Buat pertama kali, sukatan pelajaran bahasa Melayu tidak seperti senarai kandungan Tatabahasa Dewan. Ini adalah satu kemajuan besar, kerana pegawai kurikulum telah mengetahui bahawa belajar tatabahasa tidak semestinya belajar berbahasa.
  3. Ketiga, kita perlu memberi kesedaran kepada penutur bahasa Melayu dan para pengajar bahasa Melayu, bahawa bahasa Melayu kampungan tidaklah wajar digunakan dalam konteks rasmi, perniagaan dan korporat. Ini satu suasana baru yang berkembang.
  4. Akhirnya, keempat, kita perlu menjalankan banyak lagi penyelidikan terhadap penggunaan dan bentuk panggilan hormat dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini kita tidak boleh bergantung kepada penggunaan bahasa harian, atau korpus daripada penggunaan bahasa sekarang. Penggunaan bahasa Melayu sekarang banyak mengandungi kecacatan dalam hal ini. Kita perlu berpandukan kepada dua sumber. Sumber pertama, adalah teks atau manuskkrip lama seperti Sejarah Melayu. Dalam Sejarah Melayu dapat dilihat bahawa raja-raja Melayu memanggil pembesarnya “Tuan.” Wanita kenamaan juga dipanggil “Tuan”, seperti “Tuan Puteri.” dll. Kanak-kanak dipanggil dengan gelaran yang penuh hormat. Sumber kedua, kita berpandukan kepada ahli budayawan yang mengetahui dan mengamalkan tatabahasa sosial ini.

Bibliografi

  1. Adler, Ronald B. & Elmhorst, Jeane Marquardt (1996) Communicating at Work, New York: The MacGraw-Hill Companies Inc.
  2. Amat Jauhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu, Satu Analisis Sosiolinguitik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Asma Abdullah (1992) Uderstanding the Malaysian Workforce – Guidelines for Managers, Kuala Lumpur: Malaysian Institute of Management.
  4. Amah Hj. Omar. (2004). Bahasa Diraja (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  5. Ekman, P. editor (1973), Cross-Cultural Studies of Facial Expression, New York: Academic Press.
  6. Elgin, Susan H. (1989), Success with the Gentle Art of Verbal Self-Defence, New Jersey: Prentice Hall.
  7. Fust, Julius. (1970) Body Language, New York: Pocket Books.
  8. Goleman, Daniel, (1996) Emotional Intelligence, London: Bloomsbury.
  9. Himstreet, William C. & Baty Wayne M. (1990), Business Communication, Boston: PWS-KENT Publishing Company.
  10. Hisham Altalib (1992), Panduan Latihan bagi Petugas Islam (terjemahan), Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
  11. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. (2004). Budi Bahasa Budaya Kita. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
  12. Mokhtar Haji Mohd. Tohar & Ahmad Fawzi M. Basri. (2003). Protokol di Malaysia, Tradisi dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  13. Tannen, Deborah, (1990) You Just Dont Understand: Women and Men in Conversation, New York: Morrow.
  14. Tannen, Deborah, (1994) Talking From 9 to 5, New York: Morrow.