Saturday, April 19, 2008

Jawapan A

Ciri-Ciri Jawapan A

1. Memahami soalan daripada segi teori, iaitu dapat memberi takrif dan tafsiran yang lazim terdapat dalam buku teks atau diberikan oleh ahli akademik bidang berkenaan. Dan dapat memberi contoh atau kes sendiri yang dapat memberi penjelasan lanjut.

2. Dapat mengenal pasti dan memberikan aplikasi teori atau perkara berkenaan dengan menggunakan contoh atau kes sebenar dalam bahasa.

3. Dapat mengenal pasti dan memberikan contoh penyelidikan atau kajian kes, atau statistik yang memperkukuh perkara dalam 1 dan 2.

4. Ditulis dalam Bahasa Melayu Tinggi.

No comments: